Berita Auto

Kejuaraan Toyota Velocity Pertama Pamerkan Sisi Dinamik dan Kesukanan Era Baru

Seramai 400 peserta telah bersaing sesama sendiri di dalam acara perlumbaan Esports (sukan elektronik) terbesar di Malaysia untuk merebut takhta sebagai pemandu simulator paling pantas dan berkemahiran tinggi di Malaysia. Kejuaraan Toyota Velocity itu telah berlangsung di Blue Atrium, Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor dari 21 hingga 23 September 2018.

BHP

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menjadi syarikat pengeluar kenderaan pertama di negara ini yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti Esports yang semakin berkembang ketika ini. Ia turut menjadi cerminan kepada aktiviti-aktiviti sukan permotoran dibawah Toyota Gazoo Racing kepada khalayak umum, disamping memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri keseronokan perlumbaan.

“Kami sangat teruja dengan sambutan hangat yang diterima daripada orang ramai bagi Kejuaraan Toyota Velocity yang dianjurkan buat pertama kali ini. Esports sememangnya sebuah industri yang kian pesat berkembang ketika ini, bukan hanya di Malaysia, malahan diperingkat global juga kerana ia memberikan pengalaman yang menyeronokkan terutama buat generasi muda. Penglibatan Toyota serta penampilannya yang utuh di dalam acara seumpama ini melengkapi lagi sisi dinamik dan sporty yang ingin dibawa oleh jenama ini,” jelas Presiden UMWT, Ravindran K.

Toyota Velocity

Kejuaraan ini menyaksikan para peserta menggunakan jentera lumba ikonik Toyota GR Supra Racing Concept. Dilengkapi dengan mesin simulator Playstation Gran Turismo Sports, kesemua peserta berlumba di atas Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, dengan suasana perlumbaan 3D dan persekitaran yang realistik.

Setelah berlumba selama dua hari, 10 orang peserta terbaik perlu bersaing di pusingan akhir yang berlangsung pada hari Ahad, untuk merebut trofi kejuaraan dan hadiah wang tunai. Tiga pemenang teratas membawa pulang RM20,000, RM10,000 dan RM5,000. Sementara itu, hadiah saguhati RM2,000 pula akan diberikan kepada tujuh peserta akhir yang terlibat. Keseluruhannya, sejumlah RM60,000 hadiah wang tunai ditawarkan untuk kejuaraan ini.

Toyota Velocity

Berikut adalah senarai pemenang pusingan akhir Kejuaraan Toyota Velocity:

  • Juara: Muhammad Uzair S Abdul Nasir Khan
  • Naib juara: Mior Muhammad Hafiz Mior Lahmudin
  • Tempat ketiga: Aiman Haziq Aidi
  • Tempat keempat: Muhammad Shahril Nindar
  • Tempat kelima: Mohammad Afif Suhaimi
  • Tempat keenam: Ayman Aqeem Abas
  • Tempat ketujuh: Lay Xi Quan
  • Tempat kelapan: Kei Iskandar Hisham
  • Tempat kesembilan: Amir Haziq Amiruddin
  • Tempat kesepuluh: Muhammad Khirur Azhan

Toyota Velocity

Selain pertandingan dalam kejuaraan ini yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mendaftar untuk ikut serta, turut diadakan ialah perlumbaan pertunjukan antara selebriti dari acara perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival seperti Diana Danielle, Janna Nick, Shawn Lee, Syukri Yahaya, Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad serta Nabil Ahmad.

Para peminat juga boleh melihat sendiri aksi sebenar perlumbaan selebriti ini di carnival TGR Racing Festival pusingan ke 2 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang, dari 19 hingga 21 Oktober 2018.

Previous post

Lexus RX300 Special Edition Tawar Aksesori Tambahan

Next post

MazdaSports Academy Anjur Program 'Advance Driving' Untuk Pemilik CX-5

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *