Berita Auto

MazdaSports Academy Anjur Program ‘Advance Driving’ Untuk Pemilik CX-5

Berikutan kejayaan program Advance Driving pertama yang diadakan pada bulan Jun lalu, MazdaSports Academy kini mengumumkan program Advance Driving edisi kedua yang dianjurkan khas untuk pemilik Mazda CX-5. Ia bakal diadakan pada 13 dan 14 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang.

BHP

Ditubuhkan pada 2016, MazdaSports Academy yang bernaung di bawah Bermaz Motor dibangunkan dengan objektif untuk menawarkan program-program yang dapat memberikan pengalaman pemanduan unik atau ‘Jinba Ittai’ kepada para peserta.

Menerusi program ini, peserta akan didedahkan dengan cara-cara untuk menjadi satu dengan jentera Mazda, di samping meneroka potensi pemanduan masing-masing. Mereka juga akan belajar bagaimana untuk mendapatkan posisi pemanduan yang betul serta meningkatkan kemahiran memandu masing-masing menerusi kursus pemanduan dinamik.

Pemilik CX-5 yang berminat perlu segera mendaftar di laman Facebook Mazda Malaysia kerana program ini terbuka kepada 60 peserta sahaja.

MazdaSports Academy Advance Driving - CX- 5

 

 

Previous post

Kejuaraan Toyota Velocity Pertama Pamerkan Sisi Dinamik dan Kesukanan Era Baru

Next post

Aston Martin Mengesahkan Hypercar Ketiga Mereka Dalam Pembangunan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *