Mercedes-AMG GT 43 Varian ‘Entry Level’
Mercedes-AMG telah memperkenalkan ahli terbaru keluarga 4-Door Coupe yang dikenali sebagai AMG GT 43 4Matic+. Ia merupakan varian paling kurang berkuasa di dalam rangkaian model tersebut jika dibandingkan dengan varian GT 53, GT 63 dan GT 63 S yang diperkenalkan pada awal tahun ini.
Dikuasakan oleh enjin 3.0-liter enam silinder sebaris, GT 43 mempunyai 367 hp dan 500 Nm, tidak termasuk kuasa tambahan jangka pendek sebanyak 22 hp dan 250 Nm yang dibekalkan oleh sistem starter-alternator EQ Boost.
Dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, jentera mewah ini memerlukan 4.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan mampu mencapai kelajuan maksimum 270 km/j.
Walaupun kedengaran hebat, ia masih tidak dapat memandingi prestasi GT 53 yang mampu melakukan perkara yang sama dalam 4.5 saat, dengan kelajuan maksimum 285 km/j. Varian ini menampilkan enjin yang sama tetapi dengan jumlah kuasa yang lebih tinggi iaitu 435 hp dan 520 Nm.
Harga bagi GT 43 bermula dari €95,259 (RM460,883) manakala GT 53 dijual pada harga €109,182 (RM528,245).
No Comment