Berita Auto

Naza Italia Lancar Maserati Levante 2019

SUV Maserati Levante kini boleh didapati di pasaran Malaysia dalam versi 2019 yang telah dikemaskini. Untuk pasaran tempatan, Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi Maserati, menawarkan Levante S dengan trim GranSport dan GranLusso.

BHP

Trim GranSport menampilkan tema rekaan yang menonjol menerusi bampar hadapan dan belakang yang diinspirasikan oleh Levante GTS dan Trofeo. Bagi pasaran Malaysia, model ini tampil dengan rim Helios 21 inci, angkup brek merah, lencana ‘GranSport’ dan trim dalaman High Glass Metal Weave.

Calandra e Griglia GS_02 anello fendi standard_Flat_esecutivo_LV_F

Sementara itu, trim GranLusso mengetengahkan imej lebih mewah menerusi kemasan krom pada bahagian hadapan dan skid plate, spoiler belakang mengikut warna badan, lecana ‘GranLusso’, angkup brek berwarna perak dan rim Helios 21 inci.

Plancia GS_pack_esecutivo_LV_F

Pelanggan yang memilih trim ini juga boleh mendapatkan upholsteri kulit Pieno Fiore atau sutera Ermenegildo Zegna. Ciri-ciri standard lain termasuklah tempat duduk hadapan boleh laras 12 cara dengan fungsi memori, sistem audio Bowers and Wilkins, stereng dan pedal boleh laras, sensor parkir dan sistem Soft Close Door.

Tunnel centrale_Carbon_Fiber_Wave_V6_esecutivo_LV_F

Enjin bagi versi ini tidak disentuh, bermakna ia masih dikuasakan oleh unit 3.0-liter twin-turbo V6 yang menjana 430 hp dan 580 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.2 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 264 km/j. Levante S didatangkan dengan tombol gear baharu untuk transmisi automatik lapan kelajuan ZF. Ia menampilkan operasi yang lebih mudah, selain kluster mod pemanduan yang lebih mesra pengguna.

172070M_esecutivo_LV_F

Model 2019 ini ditawarkan dengan 11 pilihan warna termasuk Blu Nobile. Selain itu, pakej Nerissimo turut dikemaskini dengan lapan pilihan warna yang dipadankan dengan elemen berwarna hitam dan hitam krom.

3-4 posteriore LV_GL_esecutivo_LV_F

Levante S boleh didapati pada harga bermula dari RM788,800 dengan jaminan standard selama tiga tahun tanpa had perbatuan, serta pakej Maserati Premium Servis Plus untuk tiga tahun atau 60,000 km.

 

Previous post

Audi A6 Dapat Rating Euro NCAP 5 Bintang

Next post

Minyak Enjin Shell Helix Tulen Kini Dengan Label 'Untuk Pasaran Malaysia'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *