Panggilan Balik Toyota TIDAK TERMASUK Kereta Yang Dijual Di Malaysia
UMW Toyota baru sahaja mengesahkan kepada www.dsf.my bahawa panggilan balik 1.03 juta unit crossover Prius hybrid dan C-HR yang dirancang disebabkan masalah dengan penggunaan kabel enjin, yang boleh menyebabkan risiko kebakaran TIDAK termasuk mana-mana kenderaan jualan Malaysia kerana model terlibat tidak dijual di Malaysia.
Toyota di Malaysia tidak menjual hibrid C-HR dan hibrid Prius pula, model yang dijual di Malaysia adalah generasi terdahulu yang tidak terjejas. Pemilik Malaysia tidak perlu risau.
Walau bagaimanapun, jika anda telah membeli C-HR baik pulih atau rekon daripada pengimpot kelabu atau grey importers, peniaga kereta terpakai, maka anda perlu pergi balik kepada peniaga itu untuk mendapatkan penyelesaian dan … inilah satu-satunya sebab kenapa kami selalu menasihati anda supaya membeli kenderaan yang dijual sah di Malaysia dan tidak kenderaan rekon yang diimport dari yang pengedar kereta terpakai.
No Comment