Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Ford Fiesta Sempena Ulang Tahun Extravaganza ke-10 SDAC
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia menamatkan sambutan Ulang Tahun Extravaganza ke-10 dengan cukup meriah yang menyaksikan seorang pelanggan bertuah memandu pulang sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport serba baharu.
Logeshwaran A/L Balasubramaniam dari Pahang, seorang pemilik kenderaan Ford nyata sangat gembira apabila memenangi Ford Fiesta tersebut, kata beliau, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sime Darby Auto Connexion dan Ford di atas hadiah ini. Saya dan keluarga tidak pernah jangka menang hadiah, apatah lagi sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport serba baharu. Hadiah ini benar-benar membuatkan tahun ini sangat istimewa buat kami!”
“Kami gembira untuk meraikan kejayaan selama satu dekad. Momentum jualan kami tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada para pelanggan. Kempen-kempen seperti Ulang Tahun Extravaganza ke-10 merupakan salah satu cara kami menunjukkan penghargaan atas sokongan dan kesetiaan mereka selama ini,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.
Kata beliau lagi, “Pelanggan ialah duta jenama terbaik kami. Kami percaya dalam menjadikan pengalaman mereka lebih menyeronokkan, sama ada dalam bentuk produk, perkhidmatan, promosi serta memastikan setiap kunjungan ke bilik pameran adalah yang menggembirakan.”
Sambutan Ulang Tahun Extravaganza ke-10 SDAC yang bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2018 menawarkan tawaran hebat ke atas model model terpilih Ford. Sepanjang kempen tersebut, pelanggan yang membeli mana-mana model Ford Ranger berpeluang memenangi sebuah Fiesta sebagai hadiah utama.
No Comment