Perodua Alza Terbaharu Dengan Ciri Baru Dan Nilai Yang Lebih Baik
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) 7 tempat duduk paling popular dan mampu milik di negara ini diperbaharui untuk tahun 2018, yang mana Perodua secara rasminya telah memperkenalkan Alza berwajah baharu ke pasaran Malaysia.
Harga bermula dari RM51,490 hingga RM62,690 (OTR tanpa insurans), Perodua Alza terbaharu didatangkan dalam varian Standard (MT), Standard (AT), SE (AT) dan Advance (AT).
Kesemua varian dikuasakan dengan enjin 1.5 liter 3SZ-VE DVVT yang disambungkan kepada transmisi manual lima kelajuan pada Standard MT dan transmisi automatik empat kelajuan pada varian yang lain.
Ciri-ciri yang baharu dalam kesemua varian antaranya adalah grafik panel instrumen dan kluster tengah yang direka semula, serta kunci kawalan jauh two-motion (tekan sekali untuk membuka pintu pemandu, tekan dua kali untuk membuka kesemua pintu).
Aliran penyaman udara ke barisan tempat duduk ketiga bertambah baik dengan adanya ciri baharu termasuk sirip tetap yang terletak di antara corong udara tengah hadapan serta penambahbaikan kepada sistem penyejatan dan saluran pertukaran haba.
Semua varian dilengkapi dengan lampu kabus depan, spoiler belakang, stereng kulit, filem tingkap keselamatan dan solar, sensor belakang dan aloi 15 inci dengan kemasan warna perak pada varian Standard dan titanium pada varian SE dan Advance.
Varian Standard dan SE dilengkapi dengan sistem audio baharu dengan fungsi USB dan Bluetooth, manakala varianSE dan Advancekali ini tampil dengan lebih berani dan menonjol, dengan adanya bumper depan baharu, gril depan bar berkembar baharu dan skirt sisi baharu. Bumper belakang baharu dan garisan hiasan turut menghiasi sudut belakang kenderaan tersebut.
Ciri-ciri lain yang ada pada varian SEdan Advance adalah rekaan baharu tempat duduk kulit dan sensor sudut depan, manakala Advance secara eksklusif dilengkapi dengan monitor pasang siap di bumbung dan sistem multimedia dengan skrin sesentuh berasaskan Android dengan fungsi pintar (Smart Link), Bluetooth, navigasi dan kamera undur.
Perodua buat kali pertamanya akan memperkenalkan pelbagai aksesori GearUp yang unik untuk Perodua Alza baharu ini termasuk aksesori luaran, pembalut tempat duduk bercorak quilt dan pelindung matahari.
Untuk ciri keselamatan, Perodua Alza baharu dilengkapi dengan dua beg udara hadapan, ABS dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (Brake Assist) dan poin ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak di barisan tengah, memberikan model ini penarafan keselamatan empat bintang oleh ASEAN NCAP.
Tempahan Perodua Alza baharu kini dibuka, yang mana ia akan menemui anda di bilik pameran kami di seluruh negara secara berperingkat mulai 6hb September.
Perodua Alza baharu ditawarkan dengan waranti lima tahun/150,000km (yang mana terdahulu).
Warna-warna yang terdapat pada Perodua Alza baharu adalah Granite Grey (warna baru dan eksklusif untuk varian SE dan Advance sahaja), Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple dan Electric Blue.
Semua harga atas jalan (OTR) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia
No Comment