Subaru Forester 2.0 STI Performance Tiba di Malaysia
TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, telah melancarkan Forester 2.0 STI Performance baharu. Ia dijual pada harga RM135,288 (harga atas jalan tanpa insurans).
Varian ini boleh dibezakan menerusi aksesori eksklusif STI seperti spoiler bawah pada bahagian depan dan belakang, gril depan, pemijak sisi, pad brek serta air filter. Bahagian kabin pula menampilkan upholsteri kulit, karpet permium, tombol gear STI dan plet sill.
Sama seperti varian 2.0i-P, model ini dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ FB20 berkapasiti 2.0-liter empat silinder yang mampu menjana kuasa maksimum sehingga 150 PS pada 6,200 rpm dan 198 Nm pada 4,200 rpm.
Aspek pemanduan turut dititikberatkan menerusi ciri-ciri seperti X-Mode, Hill Descent Control (HDC), Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD) dan Vehicle Dynamics Control (VDC). Dari segi keselamatan, Forester dilengkapi dengan tujuh beg udara dan ciri-ciri keselamatan standard yang lain.
No Comment