Sukan

Teluk Intan Milik Pasukan CKJ Racing

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing meneruskan dominasi musim 2018 dengan satu lagi keputusan satu-dua melalui gandingan Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak.

BHP

Litar sepanjang 1.305km di Teluk Intan itu jelas begitu sesuai dengan gaya penunggangan Ahmad Afif yang mantap. Bermula dari petak pertama setelah menguasai sesi SuperPole, Afif langsung tidak digugat oleh mana-mana pesaing sepanjang 20 pusingan perlumbaan. Pelumba dari Terengganu itu berjaya memperoleh kemenangan ketiga musim ini dengan catatan masa 17’15.623s.

Rakan sepasukan, Mohd Hafiz berjaya menaiki podium di tempat kedua dengan masa 17’22.237s. diikuti pemenang tempat ketiga, Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 17’24.225s.

Afif lead the CP150 race

Afif, yang telah menaiki podium sebanyak lima kali berturut-turut musim ini mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dengan 115 mata. Mohd Hafiz naik ke tangga kedua dengan 74 mata sekaligus menolak Kasma Daniel Kasmayuddin turun ke tangga ketiga dengan 70 mata.

Sementara itu, Tengku Amirul Hafiruddin kembali gah ke podium teratas kategori CP115 apabila berjaya mencatat kemenangan dengan catatan masa 13’50.314s, 3.721 saat di hadapan pesaing-pesaing di kelompok kedua. Ahmad Syukran Aizat pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 13’54.035s diikuti Mohd Fareez Afeez di tempat ketiga dengan 13’55.254s.

Kemenangan terbaru ini telah memberikan kelebihan 40 mata kepada Tengku Amirul. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas kategori CP115 dengan 113 mata. Mohd Fareez Afeez naik ke tangga kedua dengan 73 mata manakala Mohd Haziq Mohd Fairues jatuh ke tangga ketiga dengan 71 mata.

Podium CP115

Dalam kategori Wira KBS pula, Mohd Syarifuddin Azman berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini. Syarifuddin yang memulakan perlumbaan dari garisan pertama, berjaya merampas holeshot dari pelumba di petak pertama, iaitu Mohd Danial Syahmi dari pasukan SIC Junior Team AFB TECH Racing. Syarifuddin, yang mewakili pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, membuktikan bahawa beliau mampu menangani tentangan hebat dari Danial Syahmi. Syarifuddin berjaya mengawal rentak perlumbaan 12-pusingan sehingga ke garisan penamat dengan masa 11’15.080s.

Danial Syahmi terpaksa akur di tempat kedua dengan catatan masa 11’15.683s manakala tempat ketiga disambar Mohd Alif Ashraf Tahiruddin dengan 11’15.700s

Namun demikian, Danial Syahmi yang telah mempamerkan prestasi yang cukup konsisten musim ini, berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga teratas kategori Wira KBS dengan 97 mata. Mohd Alif Ashraff Tahiruddin berada di tangga kedua dengan 72 mata dan Mohd Fadlyshah Redzuan pula di tangga ketiga dengan 60 mata.

WIRA KBS finish line

Musim 2018 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS akan bersambung dengan Pusingan 6 di Kangar, Perlis pada 22 dan 23 September nanti.

Previous post

Pihak Polis Sekali Pun Tidak Terkecuali Di Era Malaysia BAHARU

Next post

BMW 8 Series Convertible Sedang Diuji

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *