Giliran Sandakan Sabah Buka Pusat 3S PROTON Baharu
Fook Loi Corporation (Sabah), (Fook Loi) telah dibuka secara rasminya sebagai cawangan pengedar PROTON yang baharu pada hari ini. Cawangan ini terletak di kawasan komersial dan perumahan, dan mudah untuk diakses melalui jalan utama. Ianya berdekatan dengan syarikat pengeluaran kereta yang lain. Dengan aliran trafik yang tinggi ia memudahkan pelanggan berkunjung ke kawasan dimana bertempatnya banyak pengedar-pengedar kereta yang lain. Ini merupakan satu kelebihan untuk Fook Loi kerana model akan datang PROTON, seperti X70; merupakan sebuah model yang mampu bersaing dengan jenama lain di pasaran. Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Besar, Perancangan Rangkaian PROTON merasmikan majlis tersebut. Barisan Pengarah Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd dan ahli Pengurusan PROTON juga telah turut serta dalam majlis tersebut. Menurut Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, – melihatkan pada sentimen positif PROTON di pasaran pada ketika ini, dia gembira dan teruja untuk menyertai kumpulan pertama pengedar baharu PROTON. Peluang ini akan menghasilkan spektrum baharu untuk Fook Loi sebagai duta jenama PROTON, dan dapat memberikan pengalaman jualan dan perkhidmatan yang luar biasa untuk pelanggan baharu dan sedia ada. Beliau turut menambah, usaha pemasaran telah dilaksanakan untuk memastikan aktiviti jualan dan perkhidmatan dapat dilakukan dalam memastikan syarikat bergerak seiring dengan hala tuju dan perkembangan perniagaan PROTON.
No Comment