Berita Auto

Audi Anjur Sesi ‘Tech Talk’ Untuk Pelanggan di Malaysia

Berikutan pembukaan Running Gear Competence Centre di Malaysia, Audi baru-baru ini menganjurkan sesi Tech Talk yang pertama yang dihadiri oleh pelanggan syarikat itu.

BHP

Terletak di pusat servis Audi Kuala Lumpur, Running Gear Competence Centre merupakan kemudahan khusus yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini yang digunakan oleh Audi bagi memastikan kenderaan mereka terus memberikan prestasi terbaik.

Audi Tech Talk-33

Selain daripada tambahan kepada mesin penjajaran roda dan penguji talian brek, sesi tersebut turut merangkumi beberapa kelengkapan baru yang terdapat di Running Gear Competence Centre seperti pemanas tayar, penukar tayar dan pengimbang roda.

Audi Tech Talk-221

Juruteknik di pusat tersebut juga telah dilatih secara menyeluruh oleh jurulatih dari pusat teknikal serantau Audi untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran terkini bagi menjalankan servis.

Audi Tech Talk-385

Di bawah bimbingan pakar, peserta sesi Tech Talk turut diberi peluang untuk mencuba beberapa kelengkapan di stesen-stesen interaktif yang disediakan. Ini termasuklah mesin analisa kebisingan dan pengimbangan tayar.

Audi Tech Talk-38

Selain pelaburan dalam peralatan canggih, Audi juga memberikan latihan selama lebih 4,500 jam setahun kepada pasukan servis mereka bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman pemilikan yang terbaik. Selain itu, syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan shuttle servis percuma sejak 2017 dan klinik servis yang menawarkan pemeriksaan kenderaan dan perundingan percuman serta promosi pakej servis.

 

Previous post

Program Kereta Pra-Milik Bersertifikat Mercedes-Benz Dilancarkan Di Malaysia

Next post

Pegangan Pasaran Proton Meningkat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *