Berita Auto

Efkon Lancar Peranti SmartTAG Jenama Sendiri

Efkon Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi sistem kutipan tol inframerah di Malaysia dari Austria, telah melancarkan peranti jenamanya sendiri iaitu E-TAG yang sesuai bagi pengguna yang ingin menggunakan kemudahan lorong SmartTAG.

BHP

E-TAG oleh Efkon boleh didapati di kedai-kedai aksesori, manakala peranti yang sama namun dengan jenama yang berlainan iaitu MaxTAG yang dipasarkan oleh Sigma Technology Sdn Bhd boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.lazada.com.my dan www.11street.my.

Kedua-dua peranti ini dijual pada harga RM143 termasuk penghantaran. Sambutan pengguna terhadap MaxTAG sangat menggalakkan dengan lebih 1,500 unit terjual dalam masa empat hari sejak ia mula dijual dalam talian.

Pengarah Efkon Asia, Helmut Blasch berkata,”E-TAG dan MaxTAG kedua-duanya menampilkan mikropemproses baru dan paparan yang dipertingkatkan untuk prestasi dan kebolehpercayaan yang lebih baik.”

20181023121051_IMG_1550

Peranti TAG Inframerah yang telah terbukti ini memberi ketenangan kepada pengguna menerusi transaksi yang selamat di mana jumlah bayaran tol yang tepat dapat dilihat dengan serta merta.”Yang paling penting tidak ada kemungkinan pengklonan dan risiko hilang kawalan kewangan anda melalui kesilapan potongan.”

Blasch turut menekankan bahawa kedua-dua peranti tersebut mudah dipindahkan untuk kegunaan kenderaan lain serta tidak memerlukan cara pemasangan khusus untuk kemudahan pengguna.

“Oleh kerana ia boleh disimpan di dalam kenderaan dan tidak terdedah kepada keadaan persekitaran luar dan vandalisme, sebuah peranti akan tahan selama 15 tahun atau lebih,”tambahnya.

20181023115436_IMG_1531

Ketika majlis pelancaran dan sidan media hari ini, Blasch turut mengongsikan kajian kes dari Jerman dan Netherlands berkaitan kejayaan sistem lalu lintas aliran bebas berbilang lorong yang menggunakan sistem DSRC (Dedicated Short-Range Communication) Inframerah syarikat itu.

“Di Jerman, Sistem Tol Trak Seluruh Negara yang dipasang oleh Efkon di semua lebuh raya dengan konfigurasi aliran bebas berbilang lorong (MLFF) telah terbukti sangat berkesan, di mana ia digunakan oleh lebih dua juta trak pada kelajuan sehingga 100 km/j.

Di Terowong Westerschelde di Belanda, rancangan awal untuk menggantikan sistem Inframerah dengan RFID telah dibatalkan selepas terbukti sukar untuk menghalakan gelombang mikro ke arah pelekat khas, terutamanya apabila terdapat permukaan logam reflektif yang besar seperti lori tangki atau kontena berhampiran kenderaan pengguna,” tambah Blasch.

20181023120939_IMG_1543

Efkon kini merancang untuk menyediakan peranti TAG Inframerah terbina dalam seperti yang terdapat pada Perodua Myvi sebagai satu lagi pilihan untuk kemudahan pengguna.

 

 

Previous post

Cub Prix: Batu Kawan Mampu Jadi Penentu Juara

Next post

Makan Malam Tahun Baharu Cina 2019 - China Treasures SDCC - Jejak Makan R!O!SS Eat Beat 49

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *