Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger Baharu Bakal Tampil Dengan Pelbagai Teknologi Terulung

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini mendedahkan lebih banyak perincian mengenai barisan model Ford Ranger baharu.

BHP

Pelancaran pada hujung bulan ini akan melibatkan model Ranger Wildtrak, XL dan XLT serta Ranger Raptor. Model yang bernaung di bawah Ford Performance itu dijangka diperkenalkan pada acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018, November depan.

Ford Ranger baharu akan menampilkan pelbagai naik taraf, termasuklah enjin diesel generasi baru 2.0L Bi-turbo yang pertama dan terulung dalam kelasnya. Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan, enjin itu dipasang pada model Ranger Raptor dan Wildtrak. Transmisi automatik 10-kelajuan itu juga digunakan pada varian Ranger Raptor, Wildtrak dan XLT+.

RangerICA_46

Semua penambahbaikan ini bermakna Ranger baharu akan memiliki enjin paling kecil dan berkuasa dalam pasaran trak pikap, bersama prestasi serta penjimatan bahan api yang luar biasa.

Berpegang kepada inspirasinya sebagai sebuah pikap untuk apa jua gaya hidup, Ranger turut dilengkapi dengan lebih banyak teknologi pintar dan bantuan pemandu yang inovatif seperti Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parallel Parking) yang memastikan urusan parkir menjadi lebih mudah di laluan yang sempit di bandar.

RangerICA_42

Manakala sistem Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking) dengan Pengesan Kenderaan & Pejalan Kaki berfungsi mengesan pejalan kaki dan kenderaan sebelum memberi amaran kepada pemandu melalui isyarat bunyi. Jika pemandu gagal untuk memberi tindak balas, ia akan menekan brek secara automatik dan berhenti sepenuhnya.

Mengangkut dan mengeluarkan barang-barang kerja, atau bagasi percutian dan basikal akan menjadi lebih mudah melalui ciri Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate) yang melibatkan satu bar kilasan untuk membuatkan urusan menjadi lebih mudah.

RangerICA_43

Ciri-ciri terulung lain yang terdapat pada Ranger baharu ialah Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning), Amaran & Bantuan Perubahan Laluan (Lane Departure Warning), dan Kawalan Jelajah Mudah Suai (Adaptive Cruise Control).

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Lapor Prestasi Jualan Positif

Next post

Porsche Panamera GTS Tiba Dengan 460 HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *