Ford Tingkatkan Pengeluaran GT
Ketika dilancarkan pada tahun 2016, Ford mengumumkan hanya 1,000 unit GT akan dihasilkan dalam tempoh empat tahun. Bagaimanapun, permintaan yang tinggi membuatkan syarikat itu mengambil keputusan untuk menambahkan pengeluaran supercar itu sebanyak 350 unit lagi.
Dengan itu, Ford akan membuka semula permohonan untuk GT bermula 8 November ini selama 30 hari. Individu yang berjaya dipilih akan berunding dengan Ford GT Concierge Service untuk proses pembelian seterusnya dengan penyerahan bermula dari tahun 2020 hingga 2022.
“Dengan memperluaskan jangka masa pengeluaran Ford GT untuk tempoh yang terhad, kami dapat mengekalkan eksklusiviti supercar ini sambil menawarkan pengalaman pemilikan kepada lebih ramai pelanggan,” kata Hermann Salenbauch, pengerah Ford Performance.
GT generasi kedua menampilkan kerangka gentian karbon yang dipadankan dengan enjin EcoBoost 3.5-liter twin-turbo V6 yang menjana 650 PS dan 746 Nm, membolehkannya memecut sehingga 347 km/j.
Pengeluaran model ini bermula pada Disember 2016 dan sepanjang tahun lalu, Ford telah mengeluarkan sebanyak 138 unit.
No Comment