Berita Auto

Hyundai-Sime Darby Motors Buka 5 Outlet Baru

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkembangkan jaringan jualan dan servisnya di Semenanjung Malaysia dengan pelancaran lima outlet baru di Seri Kembangan, Alor Setar, Sungai Petani, Muar dan Menglembu.

BHP

“Kami membuka lebih banyak pusat jualan dan perkhidmatan terutamanya di pinggir bandar untuk menjadikannya lebih mudah bagi pemilik Hyundai yang tinggal di luar kawasan bandar, dan juga bagi mereka yang dalam perjalanan dari satu daerah ke daerah lain,” kata Dennis Ho, Pengarah Urusan Sime Darby Motors Malaysia (Malaysia, Thailand dan Taiwan).

Di kawasan tengah semenanjung, sebuah bilik pameran jualan baru telah dibuka di Taman Equine di Seri Kembangan. Ia dioperasikan oleh Millenium Automart Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan jenama automotif dan komited untuk perkhidmatan standard tertinggi kepada pelanggannya.

Millenium Automart Hyundai 1S Showroom  (Interior)

Di negeri Kedah, GS Smart Auto Gallery telah membuka pusat jualan dan servis di Kompleks Perniagaan Bawal di Alor Setar. Di Sungai Petani, Lee Cheng Motor Services Sdn Bhd membuka sebuah puast servis di Kawasan Perindustrian Miel Phase II, manakala di Muar, Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhd membuka sebuah pusat servis di Jalan Sulaiman. Kedua-dua pusat servis di Muar dan Alor Setar juga merupakan pusat servis model Ioniq Hybrid yang bertauliah.

Sementara itu di Menglembu, Perak, Vong Auto Service Centre akan pusat servisnya pada 1 November ini di Kawasan Perusahaan Menglembu, menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan untuk semua model Hyundai.

Dengan pembukaan outlet terbaru ini, Hyundai kini mempunyai 69 outlet (termasuk pusat 3S, pusat jualan dan servis) di seluruh negara.

Previous post

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto Lancar 4 Lagi Fasiliti Pengecasan di Utara Tanah Air

Next post

Saudagar Rim Rawang Buka Outlet Goodyear Autocare di Batu Caves

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *