Bisnes

Jualan Kereta Diesel Di Eropah Menjunam

Eropah adalah pasaran terbesar dunia untuk kereta diesel sejak 80-an setelah kerajaan mencari enjin yang efisien untuk mengekang penggunaan minyak dan membatasi pelepasan karbon.

Ketidakpuasan terhadap kereta enjin diesel merebak ke seluruh Eropah memandangkan bahagian pasaran kereta diesel di Kesatuan Eropah jatuh kepada 36.5% pada separuh pertama 2018 daripada 42.5% pada separuh pertama tahun 2017, menurut satu laporan Reuters baru-baru ini. Penjualan merosot sebanyak 16% dalam tempoh itu kepada 3.12 juta unit, dengan penurunan di Britain mencapai 30%.

Di Jerman, tempat asal pengeluar kereta diesel terbesar di dunia termasuk Volkswagen Group dan BMW Group, jualan kereta diesel turun kepada 31.1% daripada jumlah keseluruhan pada separuh pertama 2018 daripada 41.3% setahun sebelumnya. Ini membuka jalan ke hadapan bagi kenderaan elektrik untuk bergerak lebih cepat daripada yang dijangkakan dan semua jenama kereta Jerman bekerja dengan cepat untuk membawa kenderaan elektrik mereka sendiri yang cekap dan boleh dipercayai.

 

Previous post

Mazda CX-5 (2019) Dilancarkan di Jepun

Next post

McLaren Speedtail Pilih Momennya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *