Jualan Suku Ketiga Ford Ranger Naik 61 Peratus
Pikap Ford Ranger terus popular di Malaysia apabila jualannya melonjak 61 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tahun lalu dengan 2,245 unit berjaya dijual.
Angka jualan yang kukuh itu membantu Ranger meningkatkan perkongsian pasarannya dalam segment trak pikap apabila naik 1.1 peratus poin berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 15.3 peratus.
“Ranger membantu memacu mengukuhkan segmen trak pikap secara keseluruhannya. Ini banyak dibantu oleh kepakaran kami dalam menghasilkan trak dan kekuatan Ford di peringkat global,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong. “Kelasakan, keupayaan dan keselesaan Ranger terus menjadi penanda aras dalam sektor trak pikap satu tan.”
‘Built Ford Tough’ Ranger merupakan antara trak paling laris di pasaran. Ia menarik perhatian kelompok pengguna lebih luas yang menghargai aspek versatiliti, seterusnya menjadikannya sesuai untuk apa jua keperluan kerja dan gaya hidup.
No Comment