Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 Bakal Buat Kemunculan di Kuala Lumpur
Untuk musim ke-20 berturut-turut, BMW M membuat kemunculan di MotoGP sebagai pembekal rasmi kereta keselamatan bagi kejohanan itu.
Bersempena dengan MotoGP Malaysia edisi 2018 yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 November ini, kereta keselamatan MotoGP bagi musim ini iaitu BMW M5 yang dilengkapi dengan bahagian M Performance akan membuat kemunculan di sekitar Kuala Lumpur menerusi konvoi yang turut disertai oleh 530i M Sport, S 1000 RR, serta motor keselamatan S 1000 RR.
Konvoi tersebut akan membuat ‘pit stop’ di Bangsar Village II, di mana sebuah sesi ramah mesra bersama pakar BMW M dan Juara Dunia MotoGP tiga kali, Loris Capirossi akan diadakan. Para peminat juga boleh menyertai cabaran teka-teki dan berpeluang untuk memenangi tiket Grandstand utama.
Butiran mengenai ‘pit stop’ tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 31 Oktober 2018, Rabu
Waktu : 12:00 Tengah hari
Lokasi : Bangsar Village II 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru 59100, Kuala Lumpur.
No Comment