Bisnes

Mitsubishi Motors Malaysia Lapor Prestasi Jualan Positif

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melaporkan prestasi jualan positif dengan 4,788 unit kenderaan didaftarkan bagi separuh pertama tahun kewangan 2018 (April hingga September 2018).

BHP

Mula beroperasi sejak 13 tahun lalu, MMM turut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 66% berbanding tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2017.

Menurut syarikat itu, sebahagian besar prestasi yang memberangsangkan ini didorong oleh peningkatan jualan model Triton dan Outlander seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:

capture-20181015-124436

“Akhir tahun lepas, kami memposisikan semula varian Triton untuk memberi manfaat kepada pelanggan kami bukan sahaja dari segi pengendalian, prestasi dan keselamatan, tetapi juga untuk memberikan harga mampu milik bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Bagi Outlander pula, pelancaran model pemasangan tempatan CKD pada September 2017 serta tempoh cuti cukai baru-baru ini dilihat melonjakkan lagi prestasi jualan SUV itu.

Previous post

Toyota Salur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi di Indonesia

Next post

Ford Ranger Baharu Bakal Tampil Dengan Pelbagai Teknologi Terulung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *