Mitsubishi Tawar Rebat Tunai Sehingga RM8,000 Hingga Akhir Tahun
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini sedang mengadakan promosi akhir tahun dengan tawaran rebat tunai yang menarik.
Bermula sekarang hingga akhir Disember 2018, pelanggan yang menempah dan mendaftar Outlander 2.0 (RM137,888) dan Outlander 2.4 (RM152,888) akan mendapat rebat tunai sehingga RM8,000. Menurut MMM, Outlander 2.4 laris dijual dan mempunyai stok yang terhad.
Sementara itu, pelanggan yang menempah Triton juga akan menikmati rebat tunai sehingga RM8,000. Berikut adalah promosi bagi setiap varian Triton:
Bukan itu sahaja, rebat bernilai RM8,000 turut ditawarkan kepada mereka yang memilih ASX 2WD (RM118,866) dan ASX 4WD (RM133,336).
Tambahan pula, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis MMM sepanjang bulan November ini akan mendapat diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti terpilih serta pemegang telefon Popsocket secara percuma.
No Comment