Pandu Uji

Pandu Uji: Lexus LC 500

Apabila sebut sahaja jenama Lexus, pasti akan terlintas di fikiran anda kenderaan jenis sedan dan SUV seperti ES dan RX yang sering menjadi pilihan golongan yang lebih berumur, ataupun CT200h yang sebenarnya berkongsi platform dengan Toyota Prius.

BHP

Tidak dinafikan bahawa model-model tersebut mempunyai kualiti yang tersendiri, namun tiada satu pun di antaranya yang betul-betul menarik perhatian. Adil jika kami katakan bahawa kali terakhir jenama mewah Jepun ini mendatangkan rasa keterujaan adalah lapan tahun lalu apabila ia melancarkan LFA.

Lexus-LFA-2011-1280-01

Lexus LFA

Sayangnya, supercar yang menjadi ikon global ini dihasilkan dalam bilangan yang terhad iaitu 500 unit sahaja untuk pasaran dunia. Pengeluarannya berakhir pada Disember 2012.

SAM_3744

Namun pada awal 2016, Lexus membuat peminatnya kembali bersorak gembira dengan model coupe dua pintu terbaru yang dikenali sebagai LC 500. Ia direka berasaskan kereta konsep LF-LC yang diperkenalkan pada tahun 2012.

SAM_3780

Apa yang menarik tentang LC 500 adalah reka bentuk luarannya yang tidak jauh berbeza dengan model konsep tersebut. Ini adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar namun pendekatan yang diambil oleh Lexus ini nyata membuahkan hasil kerana ia kelihatan begitu cantik dan memukau dari semua sudut.

SAM_3724

Bermula dari bahagian hadapan, jeriji ‘spindle’ dan bentuk lampu yang tajam menghasilkan ‘muka’ yang garang, manakala dari sisi, rim bersaiz 21 inci dan garis bumbung yang menjunam ke belakang memberikannya profil yang dramatik. Secara peribadi, kami menyukai lampu belakang yang hadir dengan efek cermin infiniti.

SAM_3622

Ruang kabinnya tidaklah begitu luar biasa, namun masih menampilkan perincian dan kualiti binaan yang mengagumkan dari bahan-bahan premium seperti kemasan Alcantara, besi dan aluminium. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk keluar atau masuk kerana bukaan pintu cukup luas dan kedudukan tempat duduk juga tidak terlalu rendah seperti kebanyakan kereta sport coupe lain.

SAM_3649

Apa yang menarik, selain penumpang hadapan, anda boleh membawa dua penumpang di belakang namun ruang yang agak sempit mungkin boleh membuatkan orang dewasa berasa tidak selesa untuk tempoh perjalanan yang lama. Untuk kanak-kanak, tiada masalah. Ruang butnya (197 liter) juga lebih kecil daripada ruang but Myvi (277 liter) tetapi masih mampu memuatkan sebuah beg golf.

SAM_3679

Dari segi keselesaan dan kesenyapan, kabin LC 500 boleh dikatakan setara dengan model-model keluaran Lexus yang lain. Bunyi angin dan tayar dihalang daripada meresap ke dalam kabin dengan baik sekali, membuatkan kami kadang-kadang terlupa bahawa ia mempunyai enjin V8 yang besar.

SAM_3715

Terletak di bahagian hadapan, enjin aspirasi natural bersesaran 5.0-liter itu menghasilkan 470 hp pada 7,100 rpm dan 540 Nm pada 4,800 rpm. Tiada apa yang istimewa mengenai jumlah kuasa tersebut, terutamanya jika dibanding dengan jentera-jentera lain dalam kelasnya, namun ia sudah cukup untuk menggerakkan coupe seberat 1,935 kg ini dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.4 saat dengan bantuan transmisi automatik 10 kelajuan yang memacu roda belakang.

SAM_3602

Turut digunakan pada model RC F dan GS F, enjin tersebut mempunyai perwatakan yang berbeza jika dibandingkan dengan enjin V8 lain yang pernah kami cuba iaitu Mercedes-AMG GT. Ia boleh disifatkan sebagai lebih ‘lembut’ dan ‘mesra pengguna’, terutamanya jika beroperasi dalam mod Normal.

SAM_3640

Tapi jangan salah sangka, ia sedia ‘bermain’ bila-bila masa sahaja. Pusing tombol kepada mod Sport atau Sport+, ia seolah-olah bertukar menjadi jentera berlainan yang lebih agresif. Bunyi yang datang dari bawah hud menjadi semakin jelas, pendikit lebih responsif manakala kotak gear beroperasi dengan lebih laju dan lancar. Kuasa yang dihasilkan tidak terlalu menakutkan, tapi boleh membuatkan anda sekali-sekala berpeluh.

SAM_3672

Walaupun didatangkan dengan suspensi yang agak keras, ditambah pula dengan tayar berprofil rendah, LC 500 masih mempunyai ‘ride and handling’ yang boleh dikatakan cukup selesa dan sesuai untuk kegunaan harian jika dibandingkan dengan pesaing terdekatnya. Di sini, casisnya yang diperbuat daripada gabungan besi berkekuatan tinggi dan aluminium terbukti mampu mengurangkan kesan hentakan dari permukaan yang tidak rata dengan baik sekali.

SAM_3690

Secara keseluruhan, LC 500 adalah antara kereta GT yang paling selesa dengan enjin V8 yang mampu membuat anda tersenyum, namun jika anda inginkan sesuatu yang memfokuskan pada kuasa dan prestasi semata-mata, ia bukanlah pilihan yang tepat. Jentera ini direka untuk mereka yang dahagakan keseronokan memandu tanpa mengorbankan aspek keselesaan. Ia juga untuk mereka yang ingin jadi lain daripada yang lain.

SAM_3583

Spesifikasi Lexus LC 500
Enjin: aspirasi natural V8, kitaran Atkinson/Otto
Kapasiti: 4,969 cc
Kuasa: 470 hp pada 7,100 rpm
Tork: 540 Nm pada 4,800 rpm
Transmisi: automatik 10 kelajuan
0-100 km/j: 4.4 saat
Kelajuan maksimum: 270 km/j
Harga: RM940,000

SAM_3772

SAM_3647

SAM_3624

SAM_3632

SAM_3697

SAM_3728

Previous post

Peluang Terbuka untuk Afif di Terengganu

Next post

Ford Teruskan Program 'Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *