Pelanggan Kini Selesa Membeli Barangan Berharga Tinggi Seperti Kereta Volkswagen Dalam Talian
“Kami teruja untuk melangkaui kebiasaan dan mencatat sejarah menerusi kolaborasi kami apabila 12 unit Beetle edisi khas habis dijual dalam masa hanya 20 minit di laman web Lazada pada Disember tahun lalu. Ini membuktikan bahawa pelanggan semakin selesa untuk membeli barangan berharga tinggi secara dalam talian,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.
Sempena pengenalan rangkaian ‘JOIN’, Volkswagen dan Lazada sekali lagi bekerjasama untuk menyediakan satu tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia. Sebanyak 25 unit model JOIN akan dijual secara eksklusif di laman web Lazada bermula 12 hingga 18 Oktober 2018. Pelanggan hanya perlu membayar harga kereta untuk menerima pakej aksesori ‘JOIN’ secara percuma.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam melancarkan rangkaian ‘JOIN’, satu siri model edisi khas yang disasarkan kepada pelanggan yang ingin lebih menonjol.
Rangkaian ‘JOIN’ ialah pakej aksesori yang ditawarkan ke atas model-model utama Volkswagen seperti Polo, Vento Comfortline dan Highline, Tiguan Highline serta Passat Comfortline. Aksesori ‘JOIN’ merangkumi plat sisi, spoiler belakang, kemasan trunk, VW Tint dan pelbagai penambahan eksklusif bernilai sehingga RM12,000 bergantung kepada model.
“Walaupun model-model utama kami sudahpun popular, kami percaya pelanggan tetap mahukan sentuhan yang eksklusif ke atas kereta mereka. Pengenalan rangkaian ‘JOIN’ dan model-model edisi khas lain merupakan sesuatu yang sering kami laksanakan dalam usaha memberi pilihan serta nilai tambah kepada para pelanggan.”
Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran sebanyak RM799 (untuk model Polo JOIN dan Vento JOIN) atau RM1,699 bagi model Passat Comfortline JOIN dan Tiguan JOIN menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian. Kemudian, mereka akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk memilih pengedar yang diingini, seterusnya melengkapkan urusan pendaftaran dan penyerahan kenderaan tersebut.
Mereka yang berminat membeli mana-mana model dengan pakej ‘JOIN’ boleh melayari laman web: https://www.lazada.com.my/shop/volkswagen-passenger-cars-malaysia/ untuk maklumat lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune berkata, “Gaya hidup kini dilihat sudah berubah dengan adanya jual beli secara digital, apabila semakin ramai orang semakin selesa untuk membeli apa yang mereka perlukan melalui dalam talian. Prestasi jualan Volkswagen Beetle edisi khas pada 12.12 tahun lalu adalah buktinya. 1 daripada 4 orang, daripada 20 juta rakyat Malaysia melayari laman web Lazada sekurang-kurangnya sekali sepanjang September. Kami yakin angka ini akan terus meningkat. Kami teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan VPCM dalam melangkaui kebiasaan dari segi membeli-belah secara dalam talian dengan perkara yang lebih besar pada masa depan.”
Meraikan apa sahaja tentang Volkswagen, para pengunjung boleh menikmati banyak tawaran eksklusif ke atas model baharu dan yang telah didaftarkan. Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti trak makanan, persembahan buskers, tayangan filem (12 Oktober) dan konsert terbuka (13 Oktober).
1. Polo ‘JOIN’
Harga RM81,990*
Pilihan warna: putih (Candy White), kelabu (Carbon Steel Grey), merah (Flash Red) dan perak (Reflex Silver).
2. Vento Comfortline dan Highline ‘JOIN’
Harga RM91,690* dan RM98,490*
Pilihan warna:
Putih (Candy White) dan kelabu (Carbon Steel Grey) – Vento Comfortline
Kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black) – Vento Highline
3. Tiguan Highline ‘JOIN’
Harga RM175,990*
Pilihan warna: hitam (Deep Black), putih (Pure White) dan perak (Tungsten Silver).
4. Passat Comfortline ‘JOIN’
Harga RM188,690*
Pilihan warna: hitam (Deep Black), kelabu (Manganese Grey), putih (Pure White) dan perak (Reflex Silver).
Semua model JOIN turut ditawarkan dengan Skim Perlindungan Harga (PPS) Volkswagen. Ia sah ke atas semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan sebelum 30 November 2018 dan sehingga stok masih ada. Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, di samping jaminan kilang dan bantuan tepi jalan untuk 5 tempoh tahun.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
No Comment