Sukan

Pelumba Terengganu Kuasai Pusingan 7 Cub Prix

Pelumba tuan rumah mempamerkan aksi cemerlang di halaman sendiri apabila berjaya menguasai dua kategori utama Perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hujung minggu lalu.

BHP

Pelumba kelahiran Dungun, Ahmad Afif Amran berjaya muncul juara kategori CP150 dan turut menamatkan penantian untuk meraih gelaran juara di halaman sendiri sepanjang penglibatan di Kejuaraan Cub Prix bermula tahun 2009.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mempamer aksi bertenaga apabila mendahului keseluruhan 20 pusingan perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 13’40.445s meskipun diberi tentangan sengit pada penghujung perlumbaan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju).

Afif Amran

Akid menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 13’40.542s diikuti rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayuddin ketiga dengan masa 13’44.347s.

25 mata yang dipungut pada hari ini meletakkan Afif terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma di kedudukan kedua dengan 111 mata manakala rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di tangga ketiga dengan 103 mata.

CP150 group action

Dalam kategori CP115, seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) turut beraksi cemerlang sekaligus terus melebarkan jurang pendahulu apabila berjaya meraih kemenangan keenam peribadi pada musim ini setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 10’47.978s.

Bermula dari petak pertama, Tengku Amirul bagaimanapun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas pada penghujung perlumbaan dan seterusnya mmenangi perlumbaan mengatasi Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 10:48.925s. Tempat ketiga milik Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing dengan masa 10:49.024s.

PODIUM CP115

Selepas tujuh pusingan, Tengku AMirul kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 163 mata, 67 mata mengatasi rakan sepasukan Md Fareez Afeez di kedudukan kedua dengan 96 mata manakala Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 92 mata. Hanya lapan mata diperlukan oleh Tengku Amirul bagi dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018.

Sementara itu, ketiadaan pendahulu keseluruhan, Md Danial Syahmi membuka laluan mudah buat Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori WIRA KBS apabila selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’46.717s.

PODIUM WIRA KBS

Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) muncul naib juara dengan masa 8’52.974s diikuti Md Harith Haziq Zamri (SIC Junior Team AFB Tech Racing) di kedudukan ketiga dengan 8’53.275s.

Namun begitu, Danial masih kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 113 mata namun diekori rapat oleh Alif Ashraf dengan 112 mata diikuti Syarifuddin di tangga ketiga dengan 108 mata.

Previous post

Defender Land Rover Model 2020 Dilihat Sedang Uji

Next post

Senarai Harga Model Mazda dengan SST

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *