Berita Auto

Perodua Raih Emas Anugerah Jenama Putra Kali Kedua Berturut-turut

Perodua telah meraih Emas di Anugerah Jenama Putra 2018 baru-baru ini. Ia merupakan kemenangan Emas kali kedua berturut-turut sebagai
jenama automotif kegemaran rakyat Malaysia.

“Kami amat gembira dan dalam masa yang sama berasa rendah hati dengan pengiktirafan ini. Kami akan terus memperbaiki diri kami dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada para pelanggan kami serta rakyat Malaysia menerusi program-program yang kami anjurkan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Anugerah Jenama Putra ini mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara dengan orang ramai. Perodua telah memenangi sebanyak lapan anugerah sepanjang sembilan tahun acara ini diadakan dan meraih Emas yang pertamanya pada tahun lepas.

BHP

Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pada tahun ini, penganjur telah bekerjasama dengan firma penyelidikan dan perundingan pasaran global, IPSOS untuk menyusun sampel penyelidikan jenama-jenama terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 7,000 wawancara yang dijalankan.

Dilancarkan pada tahun 2010 oleh 4As dengan kerjasama Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Anugerah Jenama Putra ini disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.

Previous post

Toyota Buka Pusat Servis 2S di Sungai Penchala

Next post

Mesej Hujan Lebat & Angin Dijangka Pada 31 Oktober 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *