Berita Auto

Porsche 911 GT3 RS (2018) Dilancarkan di Malaysia

Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah memperkenalkan model Porsche 911 GT3 RS versi 2018 bagi pasaran Malaysia. Ia kini sedang dipamerkan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur hingga 14 Oktober ini.

BHP

Sudah tentu, tarikan utama GT3 RS adalah enjinnya yang bersesaran 4.0-liter enam silinder yang menjana 520 hp (20 hp lebih tinggi berbanding sebelum ini) dan 470 Nm.

PAP18_0316

Kuasa yang terhasil disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear PDK tujuh kelajuan, sekaligus membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 312 km/j.

PAP18_0312

Pengendalian GT3 RS dijaga oleh casis yang dibangunkan dengan teknologi sukan permotoran. Sendi bebola pada kedua-dua gandar memastikan maklum balas yang lebih tepat berbanding gegalas elastokinematic, manakala tayar berbeza saiz (rim 20 inci dengan tayar 265/35 di hadapan dan rim 21 inci dengan tayar 325/30 di belakang) memastikan tahap cengkaman dan kestabilan yang tinggi.

PAP18_0310

Seperti model GT2 RS yang dilancarkan sebelum ini, pemilik GT3 RS juga boleh mendapatkan pakej Clubsport tanpa perlu membayar kos tambahan. Pakej ini merangkumi ‘rollover bar’, pemadam api, suis pemutus sambungan bateri serta tali pinggang keledar enam poin.

PAP18_0318

Bukan itu sahaja, Porsche turut menawarkan pakej Weissach yang bertujuan untuk mengurangkan berat kenderaan sebanyak 17 kg menerusi penggunaan komponen-komponen gentian karbon pada bahagian casis, luaran dan dalaman.

PAP18_0319

Harga bagi model ini bermula dari RM2.23 juta (termasuk duit, tanpa pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Ia didatangkan dengan jaminan selamat empat tahun.

 

Previous post

Lindungi Eksterior Kereta Anda Dengan Detailer Yang Boleh Dipercaya

Next post

Pelanggan Kini Selesa Membeli Barangan Berharga Tinggi Seperti Kereta Volkswagen Dalam Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *