Berita Auto

Porsche Panamera GTS Tiba Dengan 460 HP

Porsche telah memperkenalkan varian GTS untuk Panamera dan Panamera Sport Turismo, sekaligus memperkembangkan barisan model itu yang sebelum ini terdiri daripada varian asas, E-Hybrid dan Turbo.

BHP

Dari segi ‘powertrain’, varian GTS dikuasakan oleh enjin bi-turbo 4.0-liter V8 yang menjana 460 hp dan 620 Nm, meletakkannya di bawah varian Turbo yang mempunyai 550 hp.

2019-porsche-panamera-gts-2

Dengan kotak gear PDK lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda AWD Porsche Traction Management, kedua-dua model ini hanya memerlukan 4.1 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Dari segi kelajuan maksimum, Panamera mampu mencapai 292 km/j manakala Panamera Sport Turismo 289 km/j.

2019-porsche-panamera-gts-1

Casis varian ini merangkumi suspensi udara dengan teknologi tiga kebuk yang merendahkan kedudukan badan sebanyak 10 mm, serta sistem Porsche Active Suspension Management (PASM) yang ditala semula untuk prestasi lebih sporty. Kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera bersaiz 390 mm di hadapan dan 365 mm di belakang.

2019-porsche-panamera-gts-5

Jika dibandingkan dengan model sebelum ini, Panamera GTS baharu mempunyai pakej kelengkapan yang telah ditambahbaik. Ini termasuk pakej Sport Design yang merangkumi kemasan hitam pada beberapa bahagian badan dan rim ‘Panamera Design’ bersaiz 20 inci.

2019-porsche-panamera-gts-6

Bahagian dalaman pula menampilkan gabungan upholsteri Alcantara dan kemasan aluminium, serta pelbagai kelengkapan standard termasuk stereng pelbagai fungsi, pedal penukar gear dan modul Connect Plus yang menyediakan servis digital. Pelanggan juga boleh mendapatkan pakej tambahan yang membolehkan mereka memilih elemen seperti jahitan, logo dan sebagainya mengikut citarasa tersendiri.

2019-porsche-panamera-sport-turismo-gts-3

Selain itu, Porsche turut menawarkan paparan head-up buat pertama kalinya bagi rangkaian model Panamera. Pemandu boleh memilih jenis maklumat yang ingin dipaparkan untuk memudahkan pemanduan mereka.

 

Previous post

Ford Ranger Baharu Bakal Tampil Dengan Pelbagai Teknologi Terulung

Next post

Mazda CX-5 (2019) Dilancarkan di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *