Range Rover Velar dan Land Rover Discovery Rangkul Anugerah News UK
Land Rover telah memenangi dua gelaran di majlis anugerah permotoran News UK, di mana Range Rover Velar memenangi SUV Terbaik Tahunan (SUV of the Year) manakala Discovery dinobatkan sebagai Kereta Mesra Anjing Terbaik Tahunan (Dog Friendly Car of the Year).
Kedua-dua model tersebut disenarai pendekkan oleh pakar permotoran daripada News UK, serta Sunday Times, Times LUXX dan The Sun. Orang ramai turut terlibat dalam menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Rawdon Glover, pengarah urusan Jaguar Land Rover UK berkata, “Para pereka dan jurutera bertaraf dunia kami sentiasa bersedia mencipta kereta terbaik di dunia dengan keupayaan untuk pergi ke mana-mana dan praktikaliti, dan anugerah terbaru ini adalah pengesahan sempurna kejayaan mereka.”
Dibangunkan dengan menggunakan platform Lightweight Aluminium Architecture, Velar turut menampilkan sistem suspensi canggih dan kini didatangkan standard dengan kamera undur, bantuan parkir depan dan belakang serta ciri Lane Keep Assist.
Sementara itu, Discovery pula direka sebagai kenderaan keluarga yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang dewasa dengan selesa. Ciri-ciri seperti Intelligent Seat Fold, ruang but sebesar 2,406 liter, kapasiti menunda sehingga 3,500 kg, sembilan port USB dan teknologi semi autonomi menjadikannya sesuai untuk kehidupan moden.
Bukan itu sahaja, ia juga dibangunkan untuk binatang peliharaan. Sebagai contoh, pakej Land Rover Pet Packs merangkumi pelapik untuk melindungi lantai dan tempat duduk, tanjakan akses, pancuran mandian mudah alih serta pembawa (carrier) boleh lipat.
No Comment