Senarai Harga Model Mazda dengan SST
Bermaz mengumumkan bahawa cukai jualan untuk semua kenderaan Mazda yang ditempah semasa tempoh cuti cukai akan diserap oleh syarikat itu walaupaun kenderaan tersebut diserahkan selepas 1 September 2018.
Berikutan pengumuman kerajaan berkenaan pelaksaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 September 2018, harga bagi semua model Mazda kini termasuk 10% cukai jualan manakala perkhidmatan selepas jualan tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.
Semua kenderaan baru Mazda (kecuali BT-50) didatangkan dengan jaminan pengeluar untuk lima tahun atau 100,000 km, dan penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun atau 60,000 km. Untuk menikmati lebih banyak faedah daripada Mazda, pelanggan juga boleh memohon kad Mazda Privilege yang melayakkan mereka untuk mendapat diskaun sebanyak 15% untuk alat ganti, 5% untuk kos buruh dan 15% untuk barangan rasmi Mazda.
No Comment