Berita Auto

Shell Malaysia Perkenal ‘Chatbot’ Bernama Shelly

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan ‘chatbot’ yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dihasilkan untuk memberikan akses masa nyata yang mudah kepada sokongan produk, perkhidmatan teknikal dan data pelincir bagi pengguna minyak pelincir di Malaysia.

Shell LubeChat mula digunakan di pasaran-pasaran utama di seluruh dunia untuk membantu pengguna dan pelanggan pelincir. Ia tersedia dalam versi komputer meja dan mudah alih, dan boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Menggunakan nama Shelly, ia sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan berkaitan pelincir serta memberikan cadangan yang berguna berkenaan jenis pelincir yang sesuai untuk penggunaan yang berbeza.

BHP

“Kami sentiasa berusaha untuk membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan baru yang menjadikan kehidupan lebih mudah dan menyenangkan, dan kami menjangkakan platform digital akan memainkan peranan yang penting pada masa akan datang,” kata May Tan, Pengurus Besar Pemasaran – Malaysia dan Singapura, Shell Lubricants.

Shell LubeChat yang direka untuk membantu mengoptimakan kecekapan bagi pelanggan dan pengedar Shell, mempunyai kebolehan untuk membantu pengguna dalam pelbagai cara.

Ini termasuklah mencari pelincir yang tepat, memberikan akses kepada lembaran teknikal dan keselamatan bagi produk-produk Shell dan kajian kes berkenaan pengalaman pelanggan dengan produk-produk Shell, mengesyorkan alternatif Shell sekiranya anda mempunyai masalah dengan produk yang digunakan sekarang dan mencari pengedar berdaftar yang berhampiran.

Previous post

Nikmati Tawaran Hebat di Naza Automall Hujung Minggu Ini

Next post

Berjaya Sompo Sasar Jadi Antara Lima Penyedia Insurans Terbaik Menjelang 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *