Motosikal / Skuter / Roda

Suzuki Katana Dilahirkan Semula

Penantian peminat motosikal di seluruh dunia berakhir apabila Suzuki memperkenalkan model Katana baharu di acara Intermot 2018 yang berlangsung di Cologne, Jerman.

BHP

Seperti yang anda boleh lihat, model terbaru ini mengekalkan reka bentuk yang jelas diinspirasikan oleh model asalnya yang dilancarkan pada tahun 1980. Ia mempunyai lampu utama LED bertindan serta lampu posisi (juga LED) yang memberikan imej hujung pedang ‘katana’.

2020-Suzuki-Katana-17-1

Seperti model terdahulu, Katana versi 2019 mempunyai saiz yang agak besar dengan ukuran panjang 2,215 mm, lebar 830 mm dan tinggi 1,110 mm. Jarak antara roda adalah 1,460 mm, manakala berat (kering) adalah 215 kg.

2020-Suzuki-Katana-20

Enjin pula diambil dari model GSX-1000F iaitu enjin empat silinder bersesaran 999 cc yang menghasilkan 147.5 hp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 108 Nm pada 9,500 rpm.

2020-Suzuki-Katana-05

Antara kelengkapan elektronik yang disertakan adalah Traction Control dengan tiga mod, ABS, fork terbalik dan angkup brek Brembo.

2020-Suzuki-Katana-16

Katana akan dihasilkan di kilang Suzuki yang terletak di Hamamatsu, Jepun. Ia akan memasuki pasaran Eropah bermula tahun hadapan.

Previous post

Aktiviti Pembersihan Pantai Dengan Nissan Nutures Nature

Next post

Ford Dengan Vodafone Menghubungkan Platform Kenderaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *