Berita Auto

Tempoh Menunggu Toyota Harrier Dipendekkan

Sejak pelancaran rasminya pada Januari lalu, Toyota Harrier mendapat permintaan yang sangat menggalakkan. Setakat ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah menyerahkan sebanyak 500 unit model terbabit kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Namun, dengan senarai tempahan yang panjang, tempoh menunggu juga menjadi lama.

BHP

Kini, dengan kerjasama Toyota Motor Corporation dalam menambah jumlah bekalan Harrier dari kilang pengeluarannya di Jepun untuk pasaran Malaysia, lebih banyak stok akan tersedia dan tempoh menunggu bagi pelanggan juga akan menjadi lebih singkat.

“Kami sedar para pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kenderaan mereka. Permintaan di peringkat global terhadap Harrier juga sangat memberangsangkan sejak awal pengenalannya dan untuk Malaysia, permintaannya semakin meningkat sepanjang tempoh tiga bulan cuti cukai yang lalu. Kadar pengeluaran di Jepun kini mampu untuk menampung lebih banyak permintaan dan kami akan menerima lebih banyak unit model ini untuk serahan kepada pelanggan,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Dijual pada harga RM243,000 (pendaftaran Semananjung Malaysia dengan SST, tanpa insurans), Harrier terkini ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Luxury. Kedua-duanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder generasi terbaru dengan pengecas turbo ‘twin scroll’, suntikan minyak terus D-4ST dan VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide) untuk mendapatkan janaan kuasa yang tinggi dan penggunaan bahan api yang cekap.

Toyota-Harrier-03

Harrier juga lengkap dengan pakej Toyota Safety Sense, set komprehensif sistem keselamatan aktif (pertama kali ditawarkan pada model Toyota di Malaysia). Ini termasuk ciri-ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Cruise Adaptif, Sistem Pengekalan Lorong, Amaran Peralihan Lorong dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif.

Lain-lain ciri keselamatan adalah terdiri daripada kawalan kestabilan kenderaan( VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), Hill-start Assist Control (HAC), isyarat berhenti kecemasan, brek parkir elektronik + Auto Brake Hold, dan sensor parkir dengan kamera undur.

Empat pilihan warna ditawarkan — Dark Blue Mica Metallic, White Pearl, Sparkling Black Pearl dan Silver Metallic. Harrier didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had jarak perbatuan. Untuk kelegaan fikiran pelanggan, semua alat ganti dan servis akan disediakan di semua cawangan pengedar sah Toyota seluruh negara.

 

Previous post

Volvo Cars Dan NVIDIA Memperluas Hubungan Platform Generasi Seterusnya

Next post

Mercedes-AMG E53 4Matic+ Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *