Toyota Buka Pusat Servis 2S di Sungai Penchala
UMW Toyota Motor telah mengumumkan pembukaan pusat Toyota 2S yang dinaik taraf di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Dioperasikan oleh Crestmax Auto (Services) Sdn Bhd, pusat tersebut menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang merangkumi servis dan alat ganti.
Pusat berukuran 2,100 kaki persegi ini telah mula beroperasi sejak awal bulan ini dengan lapan ruang servis. Pelanggan yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis boleh menunggu di ruang rehat sambil menikmati kemudahan Wifi percuma.
Crestmax Auto juga mempunyai bilik pameran yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, sekaligus menyediakan kemudahan kepada pelanggan di sekitar Damansara Perdana, TTDI, Kota Damansara dan Bandar Utama.
Pusat 2S ini beralamat di PT 8541 Jalan Sg. Penchala, Mukim Batu, 60000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, hubungi 03-77317292 (telefon) atau 03-77334135 (faks).
No Comment