UMW Toyota Panggil Semula 6,160 Unit Prius
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan kempen servis khas (panggilan semula atau ‘recall’) untuk mengemaskini perisian yang digunakan untuk mengawal sistem hibrid Toyota Prius.
Menurut syarikat itu, panggilan semula ini melibatkan sejumlah 6,160 unit Prius 1.8 Hybrid buatan tahun 2009 hingga 2013 yang dijual di negara ini.
Panggilan semula ini juga bertujuan untuk menyediakan penambahbaikan kepada kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan kempen panggilan semula sebelum ini yang diumumkan pada tahun 2014.
Walaupun belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia, UMW Toyota Motor akan menjalankan kempen ini untuk memastikan kenderaan pelanggan mereka terus beroperasi pada tahap terbaik.
UMWT akan memaklumkan pemilik yang terlibat untuk mengemaskini perisian kenderaan mereka. Ia akan mengambil masa selama sejam tanpa sebarang kos.
Untuk maklumat lanjut, pemilik yang terlibat boleh melawat mana-mana pusat servis Toyota yang berdekat atau hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).
No Comment