Adakah Ini Cara Terbaik Untuk Mengisi Minyak?
Untuk menjimatkan bahan api dan untuk mendapatkan penggunaan terbaik dari kereta anda, anda perlu melakukan beberapa perkara yang mudah. Mencuba untuk mengisi tangki sepenuh penuhnya bukanlah jawapannya melainkan jika anda seorang yang selalu menyeludup bahan api bersubsidi menyeberang tambak.
Ini cara yang betul:
1. Selalu servis kenderaan anda mengikut jadual untuk kecekapan terbaik dan selalu gunakan spesifikasi minyak enjin yang betul. Anda juga harus memeriksa tekanan tayar anda dengan kerap dan sebelum perjalanan yang panjang – tayar yang tidak cukup angin boleh menyebabkan anda menggunakan sehingga 2% lebih banyak bahan bakar.
2. Lagi keras anda memecutk, lagi banyak bahan bakar yang anda akan bakar. Untuk memaksimumkan kecekapan bahan bakar anda, bayangkan ada telur di bawah pedal anda dan cawan terbuka kopi di papan pemuka anda, anda tidak mahu telur itu pecah atau kopi itu tumpah!
3. Jangan seksa enjin kenderaan anda dengan berada dalam satu gear terlalu lama. Terus tukar bila boleh.
4. Turun naik kelajuan enjin mendadak dan pecutan secara tiba-tiba amat berat untuk tangki minyak dan dompet anda.Use your air-conditioner wisely
5. Semasa kelajuan rendah, pengawal udara anda dapat meningkatkan penggunaan bahan bakar sebanyak 20%, jadi cubalah buka tingkap anda apabila anda makan angin di sekitar bandar.
No Comment