Sukan

Afif Sahkan Gelaran Keseluruhan CP150 Musim 2018

Ahmad Afif Amran mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan CP150 selepas muncul naib juara pada perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu yang hanya memerlukan enam mata untuk dinobatkan sebagai juara tetap mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.

Afif yang bermula dengan baik berjaya memimpin perlumbaan namun bagaimanapun berjaya dipintas oleh Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada penghujung perlumbaan sekaligus terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 14’58.966s.

CP150

Kasma memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’58.587s manakala Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) menghadiahkan podium pertama buat jentera Honda pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 15’05.163s.

Selepas sembilan pusingan, Afif kini mengumpul 200 mata manakala Kasma di kedudukan kedua dengan 161 mata. Tempat ketiga ketika ini milik rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman dengan 116 mata.

CP150 podium (1)

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan menghadiahkan gelaran ini kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras sepanjang musim ini. Walaupun terpaksa akur di tempat kedua pada perlumbaan ini, namun saya tetap berpuas hati dapat menamatkan saingan dan mengesahkan gelaran di atas podium. Selepas ini misi kami untuk memastikan gelaran pasukan terbaik menjadi milik pasukan kami,” jelas Afif yang pernah bergelar juara keseluruhan CP115 musim 2013.

Previous post

Goodyear Cuba Konsep Cara Runcit Baharu Untuk Penjualan Dan Pemasangan Tayar

Next post

Suzuki Jimny Menang Anugerah Good Design 2018 Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *