Berita Auto

Boon Siew Honda Lancar 3 Model Mengujakan di KLIMS 2018

Boon Siew Honda membuat kejutan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018) dengan melancarkan tiga model baharu iaitu PCX Hybrid, Forza dan CBR1000R Fireblade.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

PCX Hybrid (RM13,499)

IMG_2608

Dilengkapi dengan sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin 150 cc empat lejang silinder tunggal yang menghasilkan 14.4 hp pada 8,500 rpm dan 13.6 Nm pada 6,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan sebuah motor elektrik dengan sokongan bateri lithium-ion yang menjana 1.8 hp pada 3,000 rpm dan 4.3 Nm pada 3,000 rpm.

IMG_2628

Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Drive (D) yang menawarkan tunggangan selesa dan kecekapan bahan api; Sport (S) untuk tunggangan yang lebih sporty dan Idling Off yang menyahaktifkan fungsi Idling Stop System (ISS) tetapi mengekalkan tahap prestasi yang sama dengan mod D.

IMG_2630

PCX Hybrid dilengkapi dengan sistem Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimakan kecekapan bahan api, serta teknologi-teknologi lain seperti ISS, Combined Braking System (CBS) dan Smart Key System. Ia juga mempunyai lampu LED, panel meter digital, soket DS di dalam kotak konsol, ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk dan tangki minyak berkapasiti 8 liter.

Forza (RM30,999)

IMG_2606

Forza memperkembangkan barisan model Honda dan menawarkan pilihan kepada mereka yang mahukan model AT dengan reka bentuk canggih dan prestasi lebih tinggi. Ia didatangkan dengan enjin sejukan cecair 279 cc yang menghamburkan 24.8 hp pada 7,000 rpm dan 27.2 Nm pada 5,750 rpm.

????????????????????

Prestasinya yang tinggi dipadankan dengan tahap kecekapan bahan api 31 km/l (mod WMTC) yang dicapai dengan tangki minyak bersaiz 11.5 liter. Terdapat tiga warna untuk dipilih iaitu Pearl Horizon White, Sword Silver Metallic dan Asteroid Black Metallic.

????????????????????

Forza merupakan model Honda AT pertama yang dilengkapi dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC). Selain itu, ia juga mempunyai ABS, Smart Key System, lampu LED, ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua topi keledar muka penuh, soket pengecasan 12V serta penghadang angin boleh laras.

CBR1000RR Fireblade (RM91,999)

IMG_2609

Model yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini menampilkan enjin 998 cc DOHC yang menjana 189 hp pada 13,000 rpm dan 114 Nm pada 11,000 rpm. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, Power Selector, suspensi Show dan peredam stereng elektronik. Ciri Quickshifter dengan Downshift Assist turut ditawarkan secara optional.

IMG_2626

Untuk prestasi yang lebih mengagumkan, CBR1000RR Fireblade juga didatangkan dengan Riding Mode Select System (RMSS) yang menawarkan tiga mod tunggangan dengan kombinasi HSTC, kuasa enjin dan brek yang berbeza. Mod 1 adalah untuk litar, Mod 2 untuk jalan berliku manakala Mod 3 untuk kegunaan di jalan raya.

IMG_2624

Model ini boleh didapati dalam dua warna iaitu Grand Prix Red dan Matt Ballistic Black Metallic.

Previous post

Proton X70 Buat Kemunculan di KLIMS 2018, Pelancaran Rasmi 12 Disember Ini

Next post

ETCM Menjana KLIMS 2018 Dengan Nissan Intelligent Mobility

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *