Pengangkutan Awam / Jalanraya

Boost Memangkin Pengagkutan Awam Tanpa Tunai Di Malaysia

Boost, aplikasi e-dompet tempatan, memangkin pendigitalan dan menyatukan cara orang ramai menempah dan membeli tiket pengangkutan awam di Malaysia. Boost menjadikan pengangkutan awam lebih mudah, tanpa tunai dan senang diuruskan dengan hanya menggunakan satu aplikasi e-dompet sahaja menerusi kerjasama dengan KLIA Ekspres, KTM, CatchThatBus, EzCab dan citycarpark.

Kerjasama tersebut dijalin bagi menggalakkan pengembangan, transformasi dan pendigitalan industri pengangkutan awam serta tempat letak kenderaan bagi memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di Malaysia. Pengintegrasian antara rakan kongsi berkenaan membolehkan Boost menjadi aplikasi tunggal untuk para pelanggan merancang perjalanan domestik dan meletakkan kenderaan mereka dengan mudah, cepat dan selamat menerusi e-dompet mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Noormah Mohd Nor berkata, “Pelanggan kami hari ini mahukan pilihan produk yang lebih banyak dan penyelesaian pembayaran yang inovatif. Kerjasama kami dengan Boost sejajar dengan misi kami untuk menyediakan system pembayaran yang lancar dan selamat, dan berupaya memperbaiki pengalaman pelanggan. Dengan penyertaan Boost, pelanggan kini boleh menggunakan Boost untuk membeli tiket KLIA Ekspres di kaunter tiket, di dalam talian dan juga menerusi aplikasi Boost.”

Kerjasama ini akan memudahkan pengguna Boost untuk:

–       Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost

–       Membeli tiket bas daripada CatchThatBus melalui aplikasi Boost

–       Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost

–       Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan e-dompet Boost mereka

–       Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM

–       Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka

 

Di dalam usaha Boost untuk memperluaskan lagi rangkaian peniaga serta rakan kongsinya, langkah untuk memasuki industri pengangkutan awam bakal mewujudkan pengalaman digital yang lebih menyeluruh kepada para pelanggannya di samping memudahkan perjalanan jutaan pengguna pengangkutan awam.

Dengan lebih 3.2 juta pengguna setakat ini dan hampir 50,000 peniaga di dalam dan di luar talian di seluruh negara, Boost telah merevolusikan cara orang ramai menjalankan urus niaga di dalam dunia digital hari ini, menjadikan pembayaran tanpa tunai e-dompet lebih diterima ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin menegaskan, “Sebagai jenama tempatan, kami sentiasa mencari rakan kongsi dalam kalangan organisasi serta perniagaan yang mempunyai aspirasi yang sama seperti kami untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat digital. Itulah yang menjadikan kerjasama ini sangat signifikan – kami bersama-sama dengan rakan kongsi kami akan mendigitalkan perkhidmatan berasaskan tunai yang kerap digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia agar mereka mendapat manfaat daripada kemudahan penggunaan, kelancaran dan keselamatan yang kami tawarkan.”

Sebagai sebuah aplikasi gaya hidup, pengguna Boost boleh menjalankan pelbagai perkhidmatan, daripada membeli tambah nilai dan baucar digital serta menghadiahkannya, hinggalah kepada melakukan pemindahan wang secara percuma dan juga perkongsian pembayaran bil dengan ciri pembahagian bil yang unik. Pengguna Boost boleh membayar bil utiliti serta tempat letak kenderaan di dalam Kuala Lumpur dan menikmati ganjaran kembalian tunai segera melalui ciri “Shake” yang pastinya akan mewujudkan pengalaman menggembirakan dan mengasyikkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang https://www.myboost.com.my/. Dapatkan maklumat terkini mengenai Boost di media sosial dengan menggunakan hashtag #Homegrown #Gocashless #BoostIt #BoostApp.

Ini media sosial mereka:

Facebook: https://www.facebook.com/myboostapp/

Instagram: https://www.instagram.com/myboostapp/.

 

 

 

Previous post

Mercedes-AMG G 63 Dilancarkan di Malaysia

Next post

Mudah Auto Masih Pasaran Kereta No. 1 di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *