Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Castrol Memacu Kehadapan Dengan Pelancaran Castrol POWER1 Serba Baharu

Castrol Malaysia hari ini melancarkan Castrol POWER1 yang serba baru dengan empat pilihan terkini – kesemuanya diciptakan untuk
menepati keperluan khusus motorsikal. Hasil paduan teknologi yang telah diperbaharui dan spesifikasi produk yang telah dipertingkatkan, formulasi baru ini memperhebatkan lagi prestasi kenderaan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L, Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L dan 10W-40 1L. Selain itu dua pilihan sedia ada iaitu Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1
Racing 4T 10W-50 1L turut diperkenalkan semula dengan formulasi yang dipertingkatkan.

Full Line Up_V4_LB_10.05.18Photo 5 - Castrol POWER1 4T 10W-40 1L

 

 

Berbanding dengan produk-produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release TechnologyTM mengoptimumkan geseran untuk memberikan peminat motorsikal pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit. Dalam ujian pecutan 5.2km
3-peringkat menggunakan enjin supersports 101kW 4-silinder, Castrol POWER 10W-40 baru adalah 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 dan 2.8 saat lebih pantas berbanding formulasi terdahulu.

Full Line Up_V4_LB_10.05.18Full Line Up_V4_LB_10.05.18

Sebagai penaja pasukan Castrol LCR Honda dan bersempena dengan MotoGP, Castrol turut mengumumkan Castrol POWER1 RACING dengan Race Derived TechnologyTM baru yang terbukti mampu mengekalkan kekuatan dan memberikan pecutan dalam keadaan trek
perlumbaan. Dikuasakan oleh Castrol POWER1, Stefan Bradl yang telah menggantikan Cal Crutchlow yang tercedera, berjaya menghangatkan Sepang dalam perlumbaan 20 pusingan yang sangat mendebarkan.

Memahami kepentingan kelancaran pecutan terhadap para penuggang, rangkaian Castrol POWER1 baru disediakan untuk memberikan prestasi terbaik yang berterusan kepada penunggang pelbagai jenis motorsikal yang berdepan dengan cabaran keadaan trafik yang
sentiasa berubah.

Photo 2 - Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L (1)    Full Line Up_V4_LB_10.05.18

 

 

Previous post

Perodua Menceriakan Rumah Kanak-Kanak Shan Sempena Deepavali

Next post

Lamborghini SC18 Jentera 'One-off' Ganas Oleh Squadra Corse

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *