Berita Auto

Ford Ranger Raptor Dilancarkan Dengan Harga RM199,888

Seperti yang dijanjikan, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akhirnya melancarkan Ford Ranger Raptor di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dijual pada harga RM199,888 (harga atas jalan tanpa insurans), model yang dibangunkan oleh Ford Performance ini boleh didapati dalam dua warna iaitu Lightning Blue dan Conquer Grey.

Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin diesel 2.0-liter BiTurbo baharu yang mampu menjana kuasa sehingga 213 PS dan 500 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan empat roda 4X4.

IMG_2554

Ciri Terrain Management System yang terdapat pada model ini menawarkan enam mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Rock, Grass/Gravel/Snow, Mud/Sand serta Baja untuk pemanduan off-road paling agresif.

Tidak seperti varian Ranger yang lain, Raptor didatangkan dengan penyerap hentak Position Sensitive Damping (PSD) yang dibangunkan oleh Fox dan suspensi Watt dengan gegelung coilover pada bahagian belakang.

IMG_2552

Selain Ranger Raptor, SDAC turut mempamerkan Mustang versi facelift yang diterbangkan khas untuk pameran yang berlangsung selama 10 hari itu. Model ini akan dilancarkan pada tahun hadapan dengan dua pilihan varian iaitu 2.3L EcoBoost dan 5.0L GT.

Pelanggan yang menempah Ranger dan Mustang di KLIMS 2018 berpeluang merebut baucar tunai di dalam sebuah mesin terowong angin, manakala 888 pelanggan pertama yang mendaftarkan Ranger mereka akan mendapat baucar barangan elektrik bernilai RM1,000 setiap satu.

IMG_2555

 

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli mana-mana varian Ranger juga berpeluang untuk membawa pulang sebuah Ranger Raptor menerusi peraduan ‘Buy a New Ford Ranger, Win a Ranger Raptor’.

SDAC turut menawarkan pakej penyelenggaran percuma selama dua tahun atau 40,000km kepada pelanggan yang membuat pendaftaran sebelum 31 Januari 2019.

 

 

 

Previous post

Mitsubishi Triton Baharu Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Hyundai Santa Fe Generasi Keempat Diperkenalkan di KLIMS 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *