Bisnes

General Motors Tutup 5 Kilang Amerika Syarikat & 2 Kilang Global

General Motors (GM) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia menutup 5 kilang mereka di Amerika Utara dan 2 lagi di tempat lain (kami harap bukan kilang ASEAN mereka) kerana mereka menghentikan beberapa model kereta sebagai sebahagian daripada kerja-kerja membaik pulih operasi globalnya untuk 2019.

GM berkata Isni9n lalu, Kilang Pemasangan Oshawa di Kanada, Kilang Pemasangan Lordstown di Ohio dan Kilang Pemasangan Detroit-Hamtramck di Michigan akan menamatkan pengeluaran pada tahun 2019 dan tidak diperuntukkan sebarang produk lanjut. Kilang propulsi di Maryland dan Michigan juga tidak akan diberikan apa-apa produk.

Oshawa mengeluarkan Cadillac XTS dan Chevrolet Impala manakala barisan lori menghasilkan pikap Chevrolet Silverado dan GMC Sierra. Semua pengeluaran dijangka berakhir pada suku keempat tahun depan.

Kilang Detroit-Hamtramck membina Chevrolet Volt, Chevrolet Impala, Buick LaCrosse, Cadillac CT6. Pengeluaran Volt dan LaCrosse dijangka berakhir 1 Mac, manakala CT6 dan Impala akan dihentikan pada 1 Jun.

Lordstown, menghasilkan hanya Chevrolet Cruze. Penjualan Cruze telah menurun 27% sehingga September. Kenderaan yang dihentikan (ramai yang mempunyai tahap inventori yang tinggi) akan terus dijual selepas pengeluaran berhenti.

 

Previous post

Toyota Vios Baharu Curi Tumpuan di KLIMS 2018

Next post

Volkswagen Group Tarik Balik 75,000 Kereta Sebab Masalah Tali Keledar Takata

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *