Go Auto Lancar Van Komersial Higer Ace
Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd telah melancarkan van komersial Go Auto-Higer Ace yang boleh didapati dalam versi 15 dan 18 tempat duduk. Pelancaran ini juga menandkan kemasukan Go Auto ke dalam pasaran kenderaan komersial.
Menurut Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin, van tersebut direka untuk memenuhi keperluaan dan permintaan industri kerana ia boleh diubahsuai menjadi van sekolah, van pekerja, ambulans dan sebagainya.
Dari segi dimensi, Higer Ace mempunyai ukuran panjang 5,990 mm, lebar 1,880 mm, tinggi 2,285 mm dan jarak roda (wheelbase) berukuran 3,720 mm. Ia juga mempunyai ruang lega tanah berukuran 200 mm.
Higer Ace ditawarkan dengan dua pilihan enjin turbodiesel iaitu 3.0L DK5 dan 2.5L DK5. Enjin DK5 boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lima kelajuan manakala DK4 hanya ditawarkan dengan transmisi manual lima kelajuan.
Kelengkapan standard yang ada termasuklah pintu gelongsor pada sebelah kiri dan kanan serta sistem pendingin hawa dengan corong udara depan, tengah dan belakang. Dari segi keselamatan, terdapat ABS dan EBD.
Berikut adalah harga jualan bagi setiap varian:
- 3.0L 6-kelajuan 18 tempat duduk (RM145,800), 15 tempat duduk (RM145,300)
- 3.0L 5-kelajuan 18 tempat duduk (RM143,800), 15 tempat duduk (RM143,300)
- 2.5L 5-kelajuan 18 tempat duduk (RM138,500), 15 tempat duduk (RM138,300)
Pelanggan akan mendapat jaminan selama lima tahun atau 150,000 km bagi pendaftaran peribadi. Selain itu, Go Auto juga menawarkan pakej servis percuma (termasuk alat ganti dan buruh) bernilai RM5,000. Pelanggan yang membuat tempahan di IOI City Mall dari 29 November hingga 2 Disember turut akan turut mendapat hadiah percuma.
No Comment