Berita Auto

Honda Malaysia Pamer Kehebatan Teknologi di KLIMS 2018

Bertemakan ‘Frontier of Innovation’, booth Honda Malaysia di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018) menampilkan pelbagai tarikan termasuk model-model konsep seperti Clarity Fuel Cell serta Jazz dan CR-V Mugen.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Clarity Fuel Cell merupakan model canggih yang dibangunkan oleh Honda yang mampu menukarkan hidrogen menjadi kuasa elektrik, memberikannya pecutan segera tanpa sebarang emisi. Ini adalah sejajar dengan visi 2030 Honda untuk menghasilkan lebih banyak teknologi elektrifikasi dalam model keluarannya.

???????????????????????????????

Sementara itu, kedua-dua model konsep Jazz dan CR-V Mugen tampil lebih sporty dengan kit badan yang dibangunkan oleh Mugen serta warna Passion Red Pearl. Tidak dapat dipastikan sama ada pakej ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

IMG_2827

Turut membuat penampilan adalah HR-V RS (Road Sailing) yang bukan sahaja mempunyai penampilan lebih sporty, malah didatangkan dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti kamera titik buta LaneWatch dan sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR).

???????????????????????????????

Selain daripada itu, Honda Malaysia turut mempamerkan teknologi lain seperti Honda Sensing, VTEC Turbo pada Civic Type R dan teknologi Sport Hybrid i-DCD yang boleh didapati pada model Jazz dan City Hybrid. Semua ini boleh dirasai sendiri di ruang khas ‘Sensory Room’.

IMG_2829

IMG_2837

IMG_2827

Previous post

Pertandingan 'Castrol Bikes Super Mechanic'

Next post

Mitsubishi Triton Baharu Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *