Honda Wave 125i Kini Dengan Lampu LED
Boon Siew Honda telah melancarkan kapcai Wave 125i versi terbaru yang dijual pada harga RM5,999 bagi varian brek cakera tunggal dan RM6,299 bagi varian brek cakera berkembar.
Dari segi visual, model ini telah dikemaskini dengan jalur pada bahagian badan, skema warna dua tona serta lampu utama LED yang dikatakan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Seperti sebelum ini, terdapat tempat ruang simpanan di bawah tempat duduk sebesar 18 liter yang mampu memuatkan topi keledar bersaiz penuh dan tangki bahan api sebesar 5.4 liter yang memberikan jarak tunggangan sehingga 300 km.
Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 124.9 cc, silinder tunggal dengan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) yang menjana 9 hp pada 7,500 rpm dan 10 Nm pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear empat kelajuan.
Wave 125i boleh didapati dalam tiga warna iaitu Pearl Magellanic Black dengan Candy Scintillate Red, Pearl Magellanic Black dengan Pearl Nightfall Blue, serta Force Silver Metallic.
No Comment