Berita Auto

Hyundai Santa Fe Generasi Keempat Diperkenalkan di KLIMS 2018

Hyundai-Sime Darby Motors telah memperkenalkan Hyundai Santa Fe generasi keempat di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

SUV tujuh tempat duduk itu akan memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama tahun hadapan, dengan dua varian untuk dipilih iaitu Executive dan Premium.

Bahagian hadapan Santa Fe tampil moden dan elegan dengan jeriji ‘cascading’ dengan lampu nyalaan siang LED yang diposisikan di atas lampu utama LED.

TM_2019_EU_RHD_SEAT_COLOR_BLACK_CMYK

Bahagian dalaman direka semula sepenuhnya dengan konsol tengah yang lebih ringkas serta paparan yang kini berada di atas papan pemuka. Jarak roda yang lebih panjang juga menjadikan ruang kabin lebih luas.

Antara kemudahan baru yang ada pada model ini adalah butang ‘one touch’ pada tempat duduk barisan kedua yang membolehkan kerusi dilipat dengan mudah sekaligus memberikan akses kepada tempat duduk barisan ketiga.

TM_2019_EU_RHD_INTERIOR_02_CMYK

Bagi pasaran Malaysia, Santa Fe ditawarkan dengan dua enjin iaitu enjin petrol Theta II 2.4 MPI dengan transmisi automatik enam kelajuan serta enjin diesel R2.2 VGT dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Ciri keselamatan pula merangkumi enam beg udara, Vehicle Stability Management (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC), dan Electric Parking Brake (EPB) dengan Automatic Vehicle Hold.

201805_Hyundai_TM_Launching_Toolkit_Key_visual_17_RGB

Kelengkapan lain termasuklah Smart Power Tailgate, kluster virtual 7 inci TFT LCD, paparan multimedia 7 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecas telefon wayarles.

Kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran bagi Santa Fe adalah RM188,000 ke atas. Ia didatangkan dengan pakej servis percuma untuk 50,000 km atau tiga tahun serta jaminan selama lima tahun atau 300,000 km.

201805_Hyundai_TM_Launching_Toolkit_Key_visual_07_RGB(without_people)

 

Previous post

Ford Ranger Raptor Dilancarkan Dengan Harga RM199,888

Next post

 10 Finalis yang Terbaik untuk BMW Shorties 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *