Berita Auto

Hyundai-Sime Darby Motors Lantik Pengarah Urusan Baru

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan pelantikan Low Yuan Lung sebagai Pengarah Urusan baru bermula 1 November 2018.

BHP

Low memulakan kerjayanya dalam industri automotif seawal tahun 1996 dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengurus Operasi Cawangan untuk Proton Edar pada 2004. Beliau menyertai Sime Darby Motors pada tahun 2013 sebagai Ketua Jualan bagi Auto Bavarian Retail. Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai pengedar utama bagi Auto Bavaria Glenmarie dan Auto Bavaria Retail. Pada tahun 2016, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Operasi Runcit.

Dengan pengalaman luas dalam industri automotif, pelantikan Low akan membantu membawa HSDM ke tahap yang lebih tinggi sekaligus mengukuhkan kedudukan Hyundai sebagai jenama kenderaan penumpang moden premium.

Previous post

Subaru Umum Dua Panggilan Semula, Pelanggan Malaysia Terlibat

Next post

Jualan PROTON Bulan Oktober Meningkat 12.6%

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *