Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Kenderaan SCANIA Di Malaysia Boleh Terus Pakai DIESEL B10

Semua kenderaan Scania yang dijual oleh Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. Boleh menggunakan diesel B10 tanpa penyesuaian lanjut. Waranti normal akan dikenakan dengan diesel B10 – yang terdiri daripada 10% biodiesel dan diesel biasa 90%. Ini bermaksud ianya tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pelanggan sedia ada berkaitan dengan jaminan.

Tiada perubahan pada prosedur operasi atau kekerapan servis kenderaan. Selain itu, tidak akan ada kos tambahan yang ditanggung kerana tiada peralatan tambahan diperlukan untuk kenderaan yang dijual oleh Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. bila menggunakan B10.

“Scania terus berada di barisan hadapan penyelesaian pengangkutan yang mampan. Pelbagai bahan api alternatif telah beroperasi di seluruh dunia selama beberapa waktu, termasuk di Asia Tenggara. Pelanggan kami terus menikmati keuntungan sementara mesra alam dalam operasi mereka melalui pengurangan pelepasan CO2,” kata Pengarah Urusan Scania Southeast Asia, Marie Sjödin Enström.

 

Previous post

Proton X70 Dapat Lima Bintang ASEAN NCAP

Next post

Honda CR-V Hybrid - Adakah Ia Akan Datang Ke Malaysia?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *