Berita Auto

KLIMS 2018: SDAC-Ford Bakal Lancar Ranger Raptor dan Perkenalkan Mustang Baharu

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia mengumumkan penyertaannya dalam acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada 23 November 2018 hingga 2 Disember 2018.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Acara itu bakal menyaksikan pelancaran rasmi trak Ford Ranger Raptor serta kemunculan Mustang baharu secara eksklusif. Unit tersebut diterbangkan ke Malaysia dan akan dipamerkan khusus untuk acara yang berlangsung selama 10 hari itu.

Ruang pameran Ford-SDAC akan memfokuskan kepada pengalaman penerokaan menerusi teknologi interaktif yang membolehkan pengunjung berhubung dengan jenama ini melalui kandungan yang boleh dikongsi di media sosial.

Pengalaman interaktif itu merangkumi Pandu Uji Realiti Maya yang mendidik orang ramai mengenai teknologi keselamatan Ford serta Pengalaman Memandu Augmented Reality yang membawa pengunjung meneroka pelbagai permukaan yang mampu diharungi oleh Raptor menerusi Terrain Management System (TMS).

Mustang Sunset

Satu lagi tarikan ialah Lawatan Audio Sendiri (Self-Guide Audio Tour) yang membolehkan pengunjung melawat ruang pameran mengikut masa sendiri menggunakan fon audio. ‘Lawatan peribadi’ ini membolehkan pengunjung mengetahui tentang konsep reka bentuk ruang pameran, sejarah Ford di Malaysia, promosi dan aktiviti, selain memberitahu mereka mengenai semua kenderaan yang dipamerkan.

Pelanggan yang menempah Ranger dan Mustang baharu pada acara tersebut berpeluang merebut baucar tunai di dalam sebuah mesin terowong angin. 888 pelanggan pertama yang mendaftarkan Ranger mereka akan mendapat baucar barangan elektrik bernilai RM1,000 setiap satu. Pelanggan yang membeli mana-mana varian Ranger juga berpeluang untuk membawa pulang sebuah Ranger Raptor menerusi peraduan ‘Buy a New Ford Ranger, Win a Ranger Raptor’.

Selain itu, SDAC turut menawarkan pakej penyelenggaran percuma selama dua tahun atau 40,000km kepada pelanggan yang membuat pendaftaran sebelum 31 Januari 2019.

Ruang pameran SDAC-Ford (No.1009) terletak di Hall 2 di bangunan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Ia dibuka kepada orang ramai mulai jam 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu dan pada 11 pagi hingga 10 malam sepanjang hari biasa.

Previous post

Volvo Buka Pusat 3S di Melaka

Next post

Naza Quest Hentikan Pengedaran Kenderaan Baharu Chevrolet

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *