Berita Auto

Lamborghini SC18 Jentera ‘One-off’ Ganas Oleh Squadra Corse

Sebelum ini, Lamborghini telah menghasilkan banyak model edisi terhad dan ‘one-off’ seperti Veneno, Egoista dan Aventador J, namun SC18 ini boleh dikatakan paling istimewa kerana ia merupakan jentera pertama yang dibangunkan oleh divisyen sukan permotoran jenama itu iaitu Squadra Corse.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menurut Lamborghini, SC18 sah untuk digunakan di jalan raya namun ia sebenarnya dibangunkan untuk beraksi di litar lumba. Menggunakan Aventador sebagai model asas, SC18 didatangkan dengan pelbagai elemen aerodinamik yang direka berdasarkan pengetahuan Squadra Corse dalam bidang sukan permotoran.

lamborghini-sc18-1

Sebagai contoh, air intake pada bahagian hadapan diinspirasikan oleh jentera lumba Huracan GT3 Evo, manakala dapra, sirip sisi dan skup udara pula merupakan antara elemen yang dipinjam dari Huracan Super Trofeo Evo. Sistem aerodinamik jentera ini dilengkapkan dengan spoiler gentian karbon besar yang mempunyai tiga pelarasan mekanikal.

lamborghini-sc18

Bukan itu sahaja, 12 lubang air intake pada hud belakang merupakan satu penyelesaian yang telah berjaya diuji dalam perlumbaan endurance dan terbukti dapat meningkatkan pertukaran haba dan menyejukkan ruang enjin. Bercakap tentang enjin, SC18 dikuasakan oleh enjin 6.5-liter V12 yang menghamburkan 770 hp dan 720 Nm, dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.

lamborghini-sc18-3

Jentera eksklusif ini memakai panel badan gentian karbon berwarna kelabu Grigio Daytona yang dipadankan dengan perincian merah, serta rim bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang dengan tayar Pirelli P Zero Corsa. Bahagian kokpit menampilkan tema warna yang sama menerusi kemasan Alcantara dan jahitan merah.

 

Previous post

Castrol Memacu Kehadapan Dengan Pelancaran Castrol POWER1 Serba Baharu

Next post

46 Orang Graduan Volkswagen Automotive Academy Dari Rangkaian Pengedar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *