Berita Auto

Mazda 3 Versi 2019 Dapat Ciri i-Activ AWD

Mazda 3 serba baharu akhirnya diperkenalkan di Los Angeles Auto Show dan seperti versi sebelum ini, ia boleh didapati dalam bentuk hatchback dan sedan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Masih mengekalkan bahasa rekabentuk Kodo, Mazda 3 kini tampil dengan lampu utama yang lebih langsing serta gril yang lebih lebar. Perbezaan antara hatchback dan sedan terletak pada bahagian belakang, di mana hatchback mempunyai rekaan yang lebih sporty manakala sedan pula direka untuk tampil elegan.

Mazda 3 04

Walaupun begitu, kedua-duanya menampilkan bentuk lampu belakang yang sama serta muncung ekzos berkembar.

Mazda 3 06

Untuk bahagian dalaman, Mazda mengambil pendekatan “less is more” dan ini terbukti menerusi susun atur kabin yang kemas. Terletak di bahagian atas papan pemuka adalah skrin infotainment 8.8 inci manakala suis kawalan diletakkan bersebelahan dengan stereng. Tombol kawalan sistem infotainment terletak pada konsol tengah seperti model sebelum ini.

Mazda 3 07

Mazda 3 dibina menggunakan platform SkyActiv-Vehicle Architecture dengan tahap ketegaran yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ia dipadankan dengan topang MacPherson di hadapan dan suspensi jenis ‘torsion beam’ di belakang.

Mazda 3 01

Kelebihan lain platform tersebut adalah ia mempunyai kadar kebisingan kabin (NVH) yang lebih rendah menerusi penggunaan struktur ‘two-wall’ serta lebih banyak bahan penebat bunyi.

Mazda 3 03

Model ini akan ditawarkan dengan tiga enjin petrol SkyActiv-G iaitu 1.5, 2.0 dan 2.5L, serta satu enjin diesel SkyActiv-D 1.8, bersama dengan ciri i-Activ All-Wheel Drive dan G-Vectoring Control Plus. Mazda turut mengesahkan kehadiran varian SkyActiv-X dengan sistem M Hybrid, namun tiada sebarang perincian didedahkan mengenai enjin baharu tersebut.

Mazda 3 05

Bagi ciri keselamatan, Mazda 3 mempunyai sistem i-Activesense dengan ciri Driver Monitoring System yang memantau keadaan pemandu dengan menggunakan kamera dan LED inframerah. Sistem tersebut juga merangkumi ciri-ciri lain seperti Smart Brake Support (SBS), Front Cross Traffic Alert (FCTA), dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Previous post

Program Alat Ganti Warisan NISMO Menambahkan Alatan Skyline R33 dan R34

Next post

Aplikasi Porsche Road Trip Memudahkan Perancangan Pemanduan Hujung Minggu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *