Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Umum 6 Panggilan Semula

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan bukan satu atau dua tetapi enam panggilan semula (recall) yang secara keseluruhannya melibatkan 23,133 unit kenderaan Mitsubishi di negara ini.

BHP

1. Pemeriksaan dan pembetulan brek parkir belakang (Outlander 2016, ASX 2013, 2015 dan 2017)

Akibat pemasangan penutup yang tidak betul, air boleh menyerap masuk ke dalam komponen brek parkir. Ini menyebabkan aci dan angkup berkarat, sekaligus mengurangkan kuasa brek.

2. Penggantian sendi bola pengelap cermin (ASX 2011-2013)

Struktur kalis air yang tidak memuaskan boleh menyebabkan kemasukan air pada bahagian dek hadapan, sekaligus mendatangkan karat dan kakisan pada bahagian tersebut.

3. Pemeriksaan ‘auto tensioner’ enjin (ASX 2011-2012, Lancer 2008-2012, Lancer Sportback 2011-2012)

Reka bentuk ‘auto tensioner’ yang tidak sesuai boleh menyebabkan peningkatan daya rintangan gelongsor dari masa ke masa dan seterusnya merosakkan bebibir (flange) bahagian tersebut jika enjin beroperasi pada kelajuan tinggi.

4. Pemrograman semula perisian ASC ECU (Outlander 2017)

Perisian yang tidak sesuai menyebabkan bunyi elektrik terhasil semasa pam motor diaktifkan. Ini akan menyebabkan operasi pembakaran dalaman yang tidak betul dan ECU diset semula.

5. Penggantian kaca bumbung suria (Lancer Evolution 2009)

Bergantung kepada suhu dan kelembapan cuaca, pelekat rangka luar kaca ‘sunroof’ mungkin menjadi semakin lemah akibat kemerosotan bahan resin. Jika kenderaan terus digunakan, ada kemungkinan kaca tersebut akan tercabut.

6. Penggantian beg udara penumpang (Lancer 2004-2007)

Jika kenderaan terdedah pada tahap kelembapan tinggi untuk jangka masa yang panjang, bahan propelan PSAN (Phased-Stabilized Ammonium Nitrate) akan merosot dan tekanan dalaman akan menjadi lebih tinggi. Ini boleh menyebabkan inflator meletup semasa beg udara terkeluar.

Pemilik yang terlibat dalam kempen panggilan semula ini akan dimaklumkan dan kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh MMM.

Previous post

Yamaha YZF-R1 GYTR Untuk 20 Individu Bertuah

Next post

Nissan Almera Masih Kuat, Masih Kukuh, Masih Ada

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *